Friday, May 22, 2009

My new life!

Sudah 3 minggu aku bekerja di tempat baru..So far environment nye O.K..Even aku tidak di"anugerahkan" lagi kemudahan seperti meja, pc, dan kerusi, namun ianya tidak pernah mengugat atau membuat aku menyesal memilih sana..sebab??



1. Bos yang "sempoi"
Bukan maksud aku, bos aku ni simple or selekeh..but cara dia, the way she communicate, keprihatinan dia dekat staff memang BERBEZA dengan previous bos aku..di sebabkan itu aku tak pernah lokek nak kerah tenaga aku bekerja sampai malam even takda OT or allowance.

2. Staff-staff yang ala-ala "teamwork"
Teamwork nih selalunya bermaksud kerja berkumpulan kan..tapi kerja aku nih tak boleh diklasifikasikan sebagai kerja berkumpulan. Sebab staff yang tak ramai, kerja yang bertimbun, so masing-masing clean kan keje masing-masing. Dan aku yang baru masuk tak sampai 3 minggu ini, dah ada beratus-ratus backlog yang bertimbun dalam bilik kerja aku. Aku bekerja dalam bilik (aku rasa meeting room) yang aku gelar ICU room. Sebab yang kritikal je duduk situ. File menimbun sampai takda ruang untuk berjalan dan mengerakkan kerusi.Tapi aku amat seronok sebab selagi orang masih ada di ofis selagi tu mereka akan masuk bilik tu tanya kabar ke, tengok keadaan kami ke, atau ada gak yang sudi tolong kami buat keje dengan matlamat yang sama disburse semua kes secepat mungkin. Selalunya yang datang tolong ni budak-budak marketing. Even kes mereka ada terkumpul bersama file-file yang menimbun mereka tak marah malah tolong ada la.

3. Environment yang menenangkan
Even kemudahan di ofis aku tu memang dalam lingkungan '2 star' je, namun aku tetap rasa tenang. Sampai skang aku takda PC. Kami berkongsi PC gilir-gilir. Tapi aku tetap enjoy kat sana. Aku dapat berkawan dengan mereka yang memang nak berkawan. Based on my experience, lelaki ni bila kita berkawan *beria-ia* ni mereka selalu pikir lain, takpun akan layan lain sikit. Tapi kat situ takda.Mereka hormat kami yang perempuan ni dengan baik.Berborak macam biasa, kalo tak puas ati dengan sesiapa mereka akan cerita. Takda rasa malu-malu, cover-cover..tu yang best..

Tu la serba sedikit cerita aku kat opis baru aku tu. Mungkin tak semua rasa apa yang aku rasa. Setiap manusia ada pandangan yang berbeza. Tapi setakat ni aku dah jumpa tempat yang aku rasa nak bertahan lama. Aku malas nak pikir cari kerja lain yang bagi gaji lebih.Aku nak stay disitu sehingga aku rasa aku patut blah.

Aku kat sana selalu dapat makan free. Asal ada untung sikit ada je yang belanja makan. Especially marketing. Kerja kat sana aku selalu makan kat luar (biasanya aku bawak bekal sendiri), aku belajar makan "nasi ayam dara" la "nasi kedai mahal la" macam-macam la. Kalau dulu aku lebih suka bersendiri (makan sendiri, balik sendiri) sekarang aku tak kesah nak pergi mana after keje, nak makan apa masa lunch.

Nilah kehidupan yang aku nak dalam dunia pekerjaan. Perasaan bebas tapi bertanggung jawab. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. =)

1 comment:

  1. hai salam.. berminat ketahui produk marykay hubungi sy..dan bole join beauty consultant marykay klu berminat..sy bole guide yer

    ReplyDelete