Saturday, June 27, 2009

Petua Isteri-isteri

Bila dah gaji, kita sebagai manusia + pengguna, mesti ada je benda nak di beli, nak bayar, nak repair, teringin nak makan tu, nak makan ni..huhuhu Tapi aku teringin nak mengurut badan *saja nak manja-manja kan badan*, urutan tradisional. Seronok!. Aunty tu cek-cek badan aku, dia kata aku ni susah dapat kan anak. Sangat sedih bila dengar and of course *rezeki di tangan tuhan* kan?

Then dia kata, kalau nak anak cepat salah satu cara makan taugeh. Ni cara indon la..Aku pun dengar je.So, kalo nak mudah ada anak kena la makan taugeh banyak-banyak, makan benda-benda sejuk, makan buah-buahan, sayur-sayuran, elak makan benda panas dan berempah. So, para isteri you guys should follow this.

Satu lagi, kalau nak bagi hubungan suami isteri ni baik *mengghairahkan* ada caranya:
Lada hitam (dalam 2,3 biji) ditumbuk, halia (kecik je) ditumbuk untuk amik air halia tu, telur ayam kampung (amik kuning telur je), dan satu sudu madu.

Nasihat aunty tu kat aku, kita sebagai isteri macamana sekalipun, badan kena jaga, kesihatan kena jaga. Aunty tu suruh makan jamu. Dia sarankan jamu Romput Fatimah. Entah kat mana jual aku pun tak tahu.

So, my friends, good luck!

Friday, June 19, 2009

H1N1??!!!

I just receive from my friend Izzerk.. She`s find..thank god..risau gak..Aussie negara ke 5 tertinggi dalam kes swine flu ni!!!Oh!!friendss..macamana dengan percutian kita ni!!! huhuhu Tu la..jap selsema burung, jap selsema babi, pastu ni mungkin selsema kura-kura, mungkin selsema katak atau selsema ikan?? Hai...macam-macam masalah yang datang..

Janji kawanku sihat di sana, kira ok la..tapi aku tetap risau kalo selsema tu boleh terbang ke Malaysia. Kita takda pelindung..takda baju pelindung..tudung pelindung..penutup hidung tu je yang ada..tapi yang kita ada pelindung dari Allah.

Kita berdoa je semoga kita terlindung dari wabak dunia ni..dan percutian kita menjadi..

Sunday, June 14, 2009

Next vacation...??

I met my friend Nad last two weeks. We lepak-lepak at Kelana Jaya and have a some chit chat. Yalo, dah lama tak jumpe *last at PD*. She just come back to Malaysia from Bandung. She talking bout shoping + shoping + shoping *sangat murah kat sana. I dunno, I`ve never been there *bila la aku dapat pergi ni..* My job now, memang tak boleh cuti.

Then, tertimbul idea Nad, she`s planning to go Australia next year. Hey! it will be our next vacation together! Haha..Kami selalunya bertujuh (aku, nad, mama, mal, aini, cik ct and izzerk ), but since masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing so every vacation tak pernah lengkap. Ada yang tak boleh bercuti, ada yang tengah belajar, ada tinggal jauh so susah kami nak berkumpul bersama.

Tapi itu semua tak pernah menghalang keghairahan kami untuk bercuti..lagi-lagi yang membabitkan dengan shoping-shoping ni *esp Nadirah*. She`s planning to go Australia since our friend Izzerk study di sana. Lagi-lagi izzerk habis belajar tahun depan. She promise me to give a budget, yela nak tahu gak berapa semuanya.

Hopefully, next vacation ni semua boleh join. Kan kawan-kawan.. =) Oh ya! I`ll bring my sis together.



Ni salah satu percutian kami, even dekat je but kami happy!! Anyway, kami bagaikan dilahirkan hidup didunia ini bersama kamera.Pantang kamera on, abis suma gaya kami buat.. Ala-ala poyox gitu..






So, guys!! simpa duit dari sekarang, next vacation waiting for us!! And...bagi yang berkamera jangan lupa bawak chager.. huhuhu

Saturday, June 13, 2009

Aku minat Lagu nih!

Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta
Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Kutemukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya
Demi Cinta, Kerispatih

Sebenarnya aku nak add je video lagu ni..tapi memandangkan tahap IT aku ni tak mencapai tahap "hebat" jadi aku terpaksa la copy paste je lirik nih..So angap-angap je la tengah dengar lagu ni..

Aku suka lagu ni.. Dari dulu lagi, before lagu ni berkumandang di radio. Selain dari maksudnya yang tersirat, lagu ni juga yang membuat aku dapat "besfren" di office aku. Kawan aku ni laki.. Duduk sebelah aku di meja "kantin". Walaupun kami ni semeja tapi kami ibaratkan lain department because of diferent work task. Aku selalu bawak ipod aku pergi kerja *yela bosan-bosan boleh nyanyi, nyanyi kan feveret aku*.Bila aku nyanyi je lagu ni terus kawan aku ni sibuk nak dengar, dengan erti kata lain hampir setiap hari aku berebut nak dengar lagu tu dengan dia walaupun aku tuan empunya ipod tu. Last-last kami berduet je dalam bilik tu.

Lagu tu terus tersebar di office bagaikan virus influenza yang tersebar didunia. Huhuhu..Akibat penangan suara kami yang merdu ni, semua dok nyanyi lagu ni. Asalkan lagu ni ada kat radio, terus kuatkan lagu, bagi yang dengar guna earphone, sangup bangun dari tempat duduk untuk berkongsi mendengar lagu ini.

Lagu ni dinyanyikan oleh Kumpulan Kerispatih (dari Indonesia). Pelik kan..??Semua lagu dari seberang mesti Hot Hot di Malaysia..Nape ek???Dari beberapa survey yang aku buat, rata-rata mengatakan sebab lagu seberang lirik dia sedap-sedap.Hampir semua lirik lagu mereka berkisarkan tentang realiti hidup. Aku pun akui kebenaran pendapat-pendapat mereka.Cuba selak-selak lirik lagu mereka, mesti kita perasan, "eh!ni macam kisah hidup aku je", ada juga yang buat lagu tu menjadi lagu tema hidup mereka *lagi-lagi lagu frust bercinta* huhuhu..

Tapi ada juga yang berpendapat, alunan muzik lagu mereka sangat unik. Itupun betul juga. Dan ada juga yang kata, suara mereka sedap contoh, Pasha (Ungu), mak aih, suara dia memang macho! Disini aku boleh conclude kan lirik yang best + lagu yang unik + suara yang lunak = lagu yang Hot! Tapi kumpulan Malaysia juga apa kurangnya. Aku pun suka band Malaysia 6th sense, Hujan, banyak lagi. Sekarang pencipta lagu kita pun dah up to date. So, tiada beza pun Malaysia dan Indonesia kan?





Wednesday, June 10, 2009

Kemanakah Kau Menghilang

Saat terakhir aku berjumpa denganya waktu di PD tahun ni bulan 3 (masa anniversary Mama). Kami tidur sama, makan sama, berjalan sama. Kami semua berjumpa dengan penuh cerita yang hendak di kongsi, gosip-gosip hangat dan bergurau senda yang memang dah lama kami tak bergurau. Dia pun ada.

Sekarang dia jauh dari aku dan kawan-kawan aku. Aku teringat kat dia, aku SMS dia, tanya khabar. Sebab dia bakal menjadi ikatan orang. Mestilah kita kena update cerita dia kan. Tapi dia tak balas SMS aku. Beberapa hari kemudian aku SMS dia lagi. Maklum la kami kawan sejak di Matriks (tahun 2002) sampai masuk U yang sama. And of course we sleep together *dua-dua pengecut*..Dia tetap membisu. Aku tanya kawan aku "aini napa *tut* tak balas SMS aku?" Aini jawab "jap..aku cuba SMS dia".And she give the same answer -dia tak reply.

Aku masih tertanya-tanya apa yang terjadi kat dia since dia jauh dari keluarga, dari kami semua. Mungkinkah hp nya rosak atau hilang?? Mungkinkah dia marah kan aku?? (tak mungkin).Aku risau..yelah..takkan tak ingat kawan kot..


Bagi sesiapa yang mengenalinya, sila beritahu saya di no tel......*ceh! macam anak yang hilang lak* Tolong beritahu dia, kawan dia cari..huhuhu..


Kehidupan Ku di Opis Baru

Aku seronok dengan kerja aku sekarang. Environment dia..orang-orang dia..kerja-kerja dia..Aku tak kesah balik kerja lambat, datang kerja awal..Jadual aku memang fix..tapi janji hati tenang, tak kesah ler..

Jadual kehidupan aku bermula dari waktu 5.20 pagi (ni waktu aku set jam la)..Jam hp berbunyi 5.20 tu aku jaga then aku tekan snooze (every 10 mins), aku sambung tido. Jam hp bunyi lagi 5.30 pagi, dan aku tetap tekan snooze and sambung tido balik..tepat 5.40 jam bunyi, confirm2 aku terbeliak mata sebab dah terlambat.Tapi ni je la cara untuk aku bangun tido *tak kira la bujang ke dah kawin*

Lepas je aku bersiap, dalam 6.15 aku pun turun ke kereta aku (but lately makin lambat aku keluar rumah). 6.30 tepat (5minit awal dari jam HotFm)aku pun gerak. Bab-bab jalan pagi ni la aku angin sikit. Mata aku ni..sket2 nak tutup..aku pasang radio kuat-kuat ke nyanyi kuat-kuat ke buka tingkap luas-luas ke..jerit kuat-kuat ke still mata ni nak tertutup..tu la yang aku haru harungi before sampai ofis.

Sampai je ofis (slalu dalam 7.10 pagi aku dah sampai), aku parking kereta, aku tutup tingkap depan dan sisi aku ngan cover dia, aku turun kan kerusi aku, aku amik hp aku, aku set jam 7.40pagi, then aku tido (sangat lena)..hehehehe itu rutin harian aku.Siap boleh mimpi lagi.

Sampai je ofis, aku letak beg, dan kena kemas meja dulu. Yela.. duduk dalam bilik ER (emergency room) paham-paham je la..Ni la keadaan meja aku. Kami kat ofis ni guna meja kantin sekolah.Satu meja kongsi la dengan beberapa orang staff. Memang tempat terhad sementara nak pindah tempat baru. Tapi aku suka sebab kami lebih close. Dapat berborak, bergurau, kerja pun dapat buat sama-sama.Takde la timbul perasaan jeles, nak bersaing, dendam berdendam ke.
Satu perkara yang aku suka dengan tempat kerja baru nih, orang nya yang tak kedekut. Kami semua kadang-kadang dapat makan free (bukan kadang-kadang hampir 3 hari seminggu. Selalunya marketing officer la yang belanja. Yelah kalau nak bandingkan dengan komisyen diorang yang tinggi dengan belanja kami yang tak seberapa kerat ni apalah sangat.

Kadang-kadang kami makan free nasi tengahari, kadang-kadang makan aiskrim, kadang-kadang makan roti (selalunya kalau request yang pelik-pelik ni aku le orangnye).

Dadih ni je aku makan 6 bekas!!Gila tak..dah orang nak belanja..kita ambil je la..hohoho..Semua orang dapat. Sambil aku makan aku perhatikan semua orang, dengan adanya makanan sebenarnya boleh membuatkan orang gembira.Betul..Tak percaya cuba buat.. Kelmarin aku bawak roti dan sardin. Untuk makan breakfast. Dari mereka yang datang muka monyok + ngantuk tu, terus ceria bila melihat makanan itu dan dari senyuman yang terukir dibibir tu terkeluar la kata-kata "hei...makan free.."

Inilah antara kawan-kawan aku dalam bilik ni. Kami ni baru je kenal tapi dah macam kenal bertahun-tahun. Kami selalu berkongsi cerita, pengalaman lagi-lagi bab makan..Yang pastinya semua yang dalam bilik ni tengah beratur tunggu turn nak kawin. Pandai diorang pilih tarikh, setiap bulan seorang je kawin. Taklah bos pening kepala nak pikir.

Tuesday, June 2, 2009

Bila kita frust bercinta...??

Pagi tadi aku dapat sms dari kawan laki aku. Actually everyday dia sms aku. Tanya khabar, buat apa, then he update all his new life kat aku. As a friend of course aku akan layan, if kena bagi pendapat aku akan bagi. And today my gurlfriend pun anta sms, Actually dia pun sama gak almost every day she will send sms to me. Ya..of course i`m glad my friend still remember me but ada sebab kenapa mereka jadi macam tu.And i receive short sms from my gurlfriend "aku teringat kat ex-bf aku"..and you all get the answer right? Why both of them sms me?



We all close since di zaman U lagi. Aku ni pantang bila kawan nak berkenalan dengan one of my friend. Aku akan kenalkan because aku tahu kawan aku tu macamna. Kenalkan je la, the rest aku dah tak amik tahu. So nak dipendekkan cerita aku pun kenalkan kawan laki aku si S ni dengan kawan ex-office aku dan kawan perempuan aku si A ni dengan kawan current-office aku. Yang pastinya lelaki la start dulu, bila aku tengok line ok aku kenalkan la. Benda ni terjadi dalam bulan yang sama tapi minggu yang berlainan.

Dipendekkan cerita mereka masing-masing bercinta dengan pasangan masing-masing. Kira aku ni boleh bukak "tempat cari jodoh" la.. Aku memang gembira, at least apa yang aku tolong memang berjaya la. Dipendekkan cerita lagi, jodoh tak memihak kepada mereka. Masing-masing mengalami masalah dalam perhubungan pada bulan yang sama dan minggu yang sama. As a 'punca' mereka (aku la tuh) mestila mereka refer kat aku, mintak tolong kat aku. Aku jadi sedih sangat dan aku rasa sangat bersalah sebab aku mereka jadi macam ni. Ada yang dah putus di tengah jalan dan ada yang terumbang ambing.

Dalam pada tahun yang sama (bulan aku tak ingat), kawan aku yang dah bertunang selama 5 tahun tiba-tiba putus disaat nak mendirikan rumah tangga atas sebab-sebab yang tak disangka-sangka. Aku tak dapat bayangkan betapa kecamuk, hancur hati dia. Semua barang dah sedia tunggu nak sediakan yangb besar-besar je dan confirm date kawin je. Pada waktu yang sepatutnya tentukan tarikh kawin menjadi tarikh perpisahan. Dia masih boleh bertahan di tempat kerja tetapi di rumah aku tahu dia menderita.

Apakah yang patut dilakukan oleh aku supaya tengok kawan-kawan aku bahagia?? Sebenarnya ni semua di tangan tuhan. Allah yang mengetahui arah kita, dan kita hanya mampu berdoa sahaja.Atas dasar pengalaman aku dan apa yang aku alami, aku hanya berpegang pada beberapa ayat:

1. Ada sebab mengapa kita tidak dicipta untuk bersama dengan dia.
2. Mungkin perkara ini terjadi akan memberi hikmah kepada kita di hari lain.
3. Hanya Allah yang tahu siapa yang layak berada di samping kita bila dah tua.

Kepada kawan-kawan ku, aku tahu perit, sedih, luka hati ini bila kita tak dapat bersama orang yang kita cinta saat itu, yang kita sayang saat itu. Tapi percayalah tak semua kita inginkan akan tercapai, tak semua kita impikan akan terlaksana, tak semua kita rancangkan akan berjalan lancar. Kadang-kadang Allah hendak menduga kita, sekuat mana hati kita, dan kadang-kadang Allah nak mengajar kita Qada dan Qadar supaya kita bersedia dengan dugaan yang mendatang.

Memang aku boleh jadi tempat korang mengadu tapi Allah tetap tempat pertama dan utama untuk kita mengadu. Allah sentiasa mendengar segala rintihan hati hambanya as long kita taat kepadanya. Aku pun bukan nya baik sangat tetapi berdoa kepada Allah, mengadu kepada Allah tak kira tengah makan ke, sebelum tidur ke, tengah mandi ke, jika kita berdoa dalam hati ke Allah tetap mendengar. Itu yang aku praktikan. Lagi-lagi saat aku tak sanggup bekerja di previous office aku. Alhamdulillah..Allah perkenankan doa aku. Benda ni takkan jadi secara mendadak, asalkan kita ikhlas Insya Allah, Allah akan mendengar.

Aku doakan kawan-kawan aku dan umat lain didunia ini akan berjumpa jodoh sebaik-baik mereka. Insya Allah..