Sunday, May 31, 2009

Ikan Cencaru..Ikan Cencaru..

Semalam aku teringat aku pernah makan ikan bakar sedap di rumah aunty kawan aku. Aku pergi ke rumah aunty tu ada sebab utama, alang-alang aunty tu ajak makan (kebetulan aku datang lepas kul 1 petang dan time tu aunty tu tengah bagi anak jagaannya makan tengah hari) aku pun makan ar.Atas dasar memahami diri sendiri, aku ni bukan la jenis yang "slumber" di rumah orang, lagi-lagi orang yang aku kenal tu tak sampai le sebulan. Aku agak malu la bila di ajak makan, masa aunty tu join sekali aku tersipu-sipu makan. Sikit je nasi aku letak, sikit-sikit aku masuk dalam mulut aku dan agak lama aku mengunyah untuk sekali suapan. Lauk yang dihidang ayam masak merah, ikan bakar, sayur campur dan ikan goreng. Sedap-sedap lauk yang aku makan.

Beberapa minit kemudian, aunty tu siap makan lalu dia ke dapur. Aku apa lagi, tambah nasi, lauk takyah cerita ar. Tanpa segan silu 'plus' kawan aku tu pun jenis kuat makan, makin banyak la aku makan. Aku sebenarnya tertarik dengan ikan bakar aunty tu. Aku siap tanya resepi lagi. Seingat aku, 2 ketul ayam, 2 ekor ikan aku dan kawan aku tu makan. After makan, dua-dua terdiam *aku baru faham kenapa ular sawa duduk diam selepas makan*.Terlampau kenyang. Tak pernah aku berkelakuan* seperti itu dirumah orang, malah rumah sedara mara aku pun tak macam tu. Akibat penahan ikan bakar aku lupa daratan.

Dan semalam aku tiba-tiba "ter"rindu dekat ikan bakar tu. Aku terbayang-bayang akan bentuk, bau dan rasa ikan tu. Pergghh!!kalah orang angau bercinta. Aku sebenarnya dilahirkan tanpa ilmu pengetahuan tentang nama-nama ikan, adik beradik ikan ke sedara-mara ikan ke aku memang tak tahu kecuali ikan bilis, ikan sardin (dalam tin- sebab tu aku tahu), ikan bawal. Nak di jadikan cerita, disebabkan aku ni sangat la teringin nak mencuba + memakan ikan bakar itu, lantas aku tanpa memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya, bawa kereta ke pasar (seri kembangan).

Sesampainya aku di pasar, aku terus menuju ke bahagian ikan. Tiba-tiba aku terkedu + blur. Sume ikan serupa!!Ada la a few yang aku kenal ikan tu. "Ah sudah..apa nama ikan tu...??!!" Tiba-tiba mamat bangla nih datang kat aku, "ye cik mau ikan apa?" Aku pandang mamat bangla tu dengan pandangan kosong serta senyuman ikhlas dari hati (apa nama ikan tuuuu...??) Aku pun tanya mamat tu, "ada tak ikan muka macam ikan kembong tapi kulit dia keras??" Mamat bangla tu pulak bagi pandangan kosong berserta kerutan di dahi + senyuman ikhlas dari hati dia (aku rasa dia ketawa kan aku) "tarak la cik"

Aku dah tak tau apa perlu aku buat, aku pun call mak aku..tutt..tutt..tutt.."hello" "mak!mak tau tak apa nama ikan yang muka dia macam ikan kembong tapi kulit dia keras?" tiada jawapan buat seketika, mungkin mak aku tengah berpikir..tiba-tiba aku terdengar gelakan yang agak 'kerek' sikit dari mak aku. "Dah kawin pun nama ikan tak tahu ke?. Ikan cencaru la!" mak aku sambung gelak balik. "Mana la adeq tau nama ikan tu, dah asyik makan ikan kembong, ikan bawal, ikan sardin dan ikan bilis. Salah siapa sekarang adeq tak tau nama ikan?". Aku geram. Kesian aku. Aku tak pergi ke tempat mamat bangla tu tadi. Aku ke kedai lain lak . "Pakcik, mana satu ikan cencaru??" "Ni ikan jet dik. Yang ni baru sampai pagi tadi jadi harganya mahal sedikit. Yang ini semalam punya, jadi murah sedikit harganya." Aik? Ikan jet???? Kekonpiusan aku memang tahap cipan waktu tu. "bukan pakcik, saya nak ikan cencaru" Pakcik tu bantai sengih kat aku, "dik, ikan cencaru sama la dengan ikan jet.kulit ikan ni keras sebab tu namanya ikan jet" Dengan perasaan malu + segan + ada muka-muka yang pandang aku, aku cuma mampu menjawab "OOOOooooo" =)

Akhirnya aku berjaya membuat resepi ikan cencaru bakar. 2 ekor ikan aku makan seorang. Alangkah puas hati aku menikmati ikan yang sangat susah untuk aku mencari nya. Mungkin ikan cencaru ni ada bau-bau bacang dengan ikan kembong kot..Disebabkan pertama kali cubaan aku membuat resepi ini berjaya, aku kongsilah resepi simple yang aku ambil dari Mesra.net Resepi (Kiriman dari: badrulshah).

Resepi ikan cencaru bakar berisi kelapa

5 Ikan cencaru/ikan jaket 1 biji Kelapa parut. 5 biji Cili masak dikisar atau ditumbuk. (ikut rasa nak pedas atau tak) sentengah sudu garam. ½ gula. Daun kunyit 3 helai Dihiris kecik-kecik.

Cara-cara

Bersih ikan cencaru.Jangan buang kulit.Dibelah tengah-tengah.Campur kan semua bahan2 dalam satu mangkuk.kelapa,cili,garam,gula dan daun kunyit.Gaulkan bersama.Sumbat bahan tersebut dlm dlm ikan cencecaru yabg dibelah.Bakar di avon,kuali atau bakar dengan mengguna bara api.

Selamat mencuba..

Friday, May 22, 2009

My new life!

Sudah 3 minggu aku bekerja di tempat baru..So far environment nye O.K..Even aku tidak di"anugerahkan" lagi kemudahan seperti meja, pc, dan kerusi, namun ianya tidak pernah mengugat atau membuat aku menyesal memilih sana..sebab??



1. Bos yang "sempoi"
Bukan maksud aku, bos aku ni simple or selekeh..but cara dia, the way she communicate, keprihatinan dia dekat staff memang BERBEZA dengan previous bos aku..di sebabkan itu aku tak pernah lokek nak kerah tenaga aku bekerja sampai malam even takda OT or allowance.

2. Staff-staff yang ala-ala "teamwork"
Teamwork nih selalunya bermaksud kerja berkumpulan kan..tapi kerja aku nih tak boleh diklasifikasikan sebagai kerja berkumpulan. Sebab staff yang tak ramai, kerja yang bertimbun, so masing-masing clean kan keje masing-masing. Dan aku yang baru masuk tak sampai 3 minggu ini, dah ada beratus-ratus backlog yang bertimbun dalam bilik kerja aku. Aku bekerja dalam bilik (aku rasa meeting room) yang aku gelar ICU room. Sebab yang kritikal je duduk situ. File menimbun sampai takda ruang untuk berjalan dan mengerakkan kerusi.Tapi aku amat seronok sebab selagi orang masih ada di ofis selagi tu mereka akan masuk bilik tu tanya kabar ke, tengok keadaan kami ke, atau ada gak yang sudi tolong kami buat keje dengan matlamat yang sama disburse semua kes secepat mungkin. Selalunya yang datang tolong ni budak-budak marketing. Even kes mereka ada terkumpul bersama file-file yang menimbun mereka tak marah malah tolong ada la.

3. Environment yang menenangkan
Even kemudahan di ofis aku tu memang dalam lingkungan '2 star' je, namun aku tetap rasa tenang. Sampai skang aku takda PC. Kami berkongsi PC gilir-gilir. Tapi aku tetap enjoy kat sana. Aku dapat berkawan dengan mereka yang memang nak berkawan. Based on my experience, lelaki ni bila kita berkawan *beria-ia* ni mereka selalu pikir lain, takpun akan layan lain sikit. Tapi kat situ takda.Mereka hormat kami yang perempuan ni dengan baik.Berborak macam biasa, kalo tak puas ati dengan sesiapa mereka akan cerita. Takda rasa malu-malu, cover-cover..tu yang best..

Tu la serba sedikit cerita aku kat opis baru aku tu. Mungkin tak semua rasa apa yang aku rasa. Setiap manusia ada pandangan yang berbeza. Tapi setakat ni aku dah jumpa tempat yang aku rasa nak bertahan lama. Aku malas nak pikir cari kerja lain yang bagi gaji lebih.Aku nak stay disitu sehingga aku rasa aku patut blah.

Aku kat sana selalu dapat makan free. Asal ada untung sikit ada je yang belanja makan. Especially marketing. Kerja kat sana aku selalu makan kat luar (biasanya aku bawak bekal sendiri), aku belajar makan "nasi ayam dara" la "nasi kedai mahal la" macam-macam la. Kalau dulu aku lebih suka bersendiri (makan sendiri, balik sendiri) sekarang aku tak kesah nak pergi mana after keje, nak makan apa masa lunch.

Nilah kehidupan yang aku nak dalam dunia pekerjaan. Perasaan bebas tapi bertanggung jawab. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. =)

Monday, May 18, 2009

Can you believe it??

Last Saturday I`m seeing "bomoh"..that is my second last choice..(last choice i will see Doktor Pakar Kulit - but i don't think it will be my last choice..isn't it). My colleague, Ain ask me to see her auntie *bomoh* i think because she always see me 'garu sana garu sini'..a bit shame on me..*but..what can i do (tahap kesabaran aku nih sikit je..huhuhu)*

I`m driving to Shah Alam with Ain from my office but when she get in my car she said "kenak badan kamek gatal-gatal jak tok"-she`s from Teluk Intan, Perak but she stay at Kuching for 13 years- i can improve my Sarawak language on the same time right?..huhu.Ok.Continue.. When i arrive, i see her auntie "garu-garu" also..I wonder why??

She ask me a few question why,what,when at me..and i answer that question with many question in my head "what she can do?" "what she will do?" "what will happen to me?" and very important question "boleh percaya ka??" Then one sentences come out from her mouth.. "kau kena buatan orang!" Agak mengejutkan dan menakutkan aku! Meremang bulu roma aku..Then she continue.."Orang tu ada tahi lalat di tepi hidung (belah kiri), pakai cermin mata (but always wearing contact lense), pakai tudung, putih (macam cina), selalu pakai seluar hitam, orang jauh, kawan kau sendiri tapi bukan kawan rapat" Then i ask her "nama ape? Orang mana? Kenapa?"
Suspense siot...

She can't tell her name or where she came from..but she already said "orang jauh"..she continue "selalunya orang yang buat ni cemburu pada kita, mungkin kemewahan kita, mungkin kesenangan kite, mungkin kepandaian kita" but... takdak satu pun yang sama dengan aku nih.. Sempat gak aku gelak-gelak..sebab aku tak tahu nak respond macamna..tapi otak aku still ligat mencari siapa orang tu....She said "orang tu kenakan kau dengan kemenyan orang mati. Dia ambil gamba kau, dia cucuk-cucuk muka kau, lepas tu dia tabur kemenyan orang yang baru mati dekat gambar kau" Respond aku time tuh?? *ternganga* + *blur*

Makcik tu bagi la aku barang-barang yang di perlukan untuk ubatkan aku nih..

1. Limau nipis yang hijau (takda kuninh di kulit)
2. Sekuntum bunga (any bunga - pilih warna yang di gemari)

Makcik tu nak mandikan aku dengan bunga tu..Setelah berubat, makcik tu tanya ok ke tak? Ape rasa setelah mandi? Aku hanya mampu jawab "segar".Sebab aku tak tau apa rasanya..But gatal-gatal aku still ada..tapi apa yang makcik tu cakap gatal-gatal aku akan surut within this week..I just have to wait and see..

Tapi yang peliknya pagi tadi tangan aku makin teruk..Kulit jadi warna merah hitam dah.. Aiyooo.. aku tak tau ar apa masalah kulit aku nih..dan waktu ketika ini, aku tengah mengaru-garu sambil menaip *macam cipanzi zaman moden lak*..Aku tak nampak apa-apa perubahan pada diri aku..Aku hanya mampu bertawakal..

Dan mak aku ada cakap hujung minggu ni kalo tak ok, kita gi Seremban. Jumpe pakar bomoh lak "bomoh pun ada pakar ke?" Entah la..Saat ni aku hanya mampu ikut je, mana ada peluang aku cuba..sampai ke jalan buntu..Kita tengok je la apa sebenarnya yang terjadi kat aku nih.. Yang pasti aku yakin ada hikmah disebalik yang terjadi..cuma aku tak tau atau tak sedar lagi..

Tapi jika benar kata bomoh tu.. aku pasrah je la..Selama ni aku berbaik dengan orang..tapi aku tak tau la kenapa perlu aniaya aku..yang pasti orang tu berlegar-legar dalam fikiran aku *of course ar aku dah tahu siapa-cuma percaya atau tak je..orang tu baik dengan aku maaaa* tapi bak kata makcik tu..manusia sanggup lakukan apa sahaja...Nauzubillah..

Monday, May 11, 2009

Miss you..GUYS..






Tengah-tengah aku serve internet, untuk menjana ilmu pengetahuan, aku on skali YM aku..Ternampak one of nama yang dah lama aku tak contact..Staff aku ketika aku masih bekerja di A&W..waktu aku muda2 dulu..








Lepas je aku abis belajar, aku suk rumah sehari je..terus aku cari keje.. dalam hati aku, aku nak cari duit..aku ada perancangan aku sendiri..aku tak kesah kerja pe pun..aku dan cik Mar terus ke Alamanda (seblah rumah jer), aku cari setiap kedai yang nak pakai orang..kedai baju. fast food,dan Alhamdulillah rezeki aku dapat di A&W.. aku mula2 jadi staff biasa je..aku dapat menimba pengalaman dari Dinning, Cashier, Kitchen dan Prep.. semua aku dah belajar. Kira ni lah 1st job aku..aku dah lama teringin nak keje fast food, parents aku tak bagi. Tapi dah abis blaja baru parents aku bagi..nak cari pengalaman..








Lame gak aku jadi staff dan kemudian aku dipilih untuk interview jadi Management trainee.. Aku lulus, mulalah pengalaman dan cabaran aku sebagai orang DEWASA dalam dunia pekerjaan..before tu aku banyak main je..(main2 pun aku dapat gak capai target..








Aku training di A&W P.J (fast food pertama di malaysia yang ada guna sistem drive thru ni- kalo aku tak silap la) dan aku praktikal di Sunway Piramid..Praktikal la zaman yang tak dapat di lupakan..huhuhu..aku kena denda, macam2 ar.. dan part yang paling best last day praktikal.. ada je yang nak berkenalan...erm......








Then aku diantar ke Seremban ..di sini bermulalah hidup lone ranger nih.. aku dapat di Ocean Seremban. Kalo tak jaga kedai pagi, kena jaga shift petang.Dan kadang2 kena jaga sehari suntuk.. Aku seronok kerja di sana..dapat staff yang gila2..sume baik2..bila waktu malam aku nak balik umah (aku duk kat Ampangan-rumah flat), staff aku yang hantar aku balik rumah.. Aku duk tingkat atas skali (tingkat 5), diowang sama2 naik tangga teman aku yang pengecut nih..mana taknye macam2 bunyi aku dengar waktu mlm..








Di sana aku hidup seorang, makan seorang, minum seorang, of coz mandi seorang..aku takde kawan2..tapi aku ada staff aku yang baik2..aku heppy dekat sana..tapi aku tak sangka pilihan aku tu bagi kesan buruk kat aku.. Hanya tuhan yang tahu..


Inilah dua orang insan yang sentiasa teman aku naik tangga..hihihi kadang2 bila dowang lalu bawah rumah aku dowang call, msg, miscall, jerit nama aku pun pernah.. Aku rasa seronok..ada gak staff yang teman aku pergi pasar malam, teman aku balik jalan kaki.. hihihi.. semua baik2.. masing2 baru lepas SPM..




Ni staff perempuan aku.. yang pasti kami memang suke bergamba.aku la tukang mengambil gamba nye..
Bagi aku tanpa diowang aku takleh bekerja seorang diri..banyak susah senang aku kat sana.. Thanks to you all, Miss betol2 rindu kat semua.. =)




Sunday, May 10, 2009

Bila tiba hari Ahad....

Yes weekend is coming!!!!or Oh!weekend is coming......For certain people weekend is weekend but other people weekend is weekdays..???How ar...??But for me weekend just like weekdays..Itulah perempuan...

Apa yang aku buat sepanjang hari ahad..

7.00 a.m..oh pagi lagi ni...ZzzzZZzzzzZZz
8.00 a.m..erm...malasnye nak bangun..5 minit lagi..ZZzzzzZZZZzzz
10.00a.m..Hah?!! kul 10?!! (terus bangun cari orang dalam rumah..sebab macam sunyi je..)

Selalunya setiap kali bukak mata, aku wajib kira orang yang ada dlm rumah aku..Pertama aku cari mak aku dulu (selalunya kt dapur laaa), kedua aku cari adik aku (aku tak tau nape, tapi memang dia yang aku akan cari dulu), ketiga aku cari abang aku..dan keempat aku gi kat mak aku tanya ayah aku mana..(sebab ayah selalu pagi2 takde)..kalo mak ayah takde aku akan terus call mak.. aku tak suka selalu kena tinggal.. huhuhu

Bila dah bangun, aku akan cari remote t.v dulu..tekan semua siaran yang aku bayar kat astro.. Kalo ada aku akan terus tengok, kalo takda aku akan menuju ke toilet.. Dan biasanya before masuk toilet, aku akan ambil berus, pencuci lantai dan clorox (cuci toilet ler..) aku takleh tengok toilet aku tukar warna sket.. aku akan ada didalam toilet dalam satu jam setengah plus mandi sekali..

After mandi aku akan makan breakfast dulu..dan terus masak tengahari.. Selalunya lauk yang wajib ada, ayam (adik aku suke ayam), sayur, dan ikan..tu menu hari ahad ar.. ada beza sket ngan ari2 biasa.. menu ari biasa tak telur, ikan, tak ikan ikan bilis, tak ikan bilis, sardin..hehehe takda masa nak masak..lagi2 wanita berkerjaya macam aku nih..

Selesai masak, aku akan terus ke ruang tamu, bukak t.v (siaran yang aku akan tengok CSI supreme sunday).. dan mulalah kerja kontrak aku nih..GOSOK BAJU KERJA..Baju kerja aku dari ari isnin hingga jumaat ( 2 helai baju kurung, 3 helai baju bukan kurung), baju kerja mak aku (4 helai baju kurung), baju tumpang2an (selalunya abang aku akan mengambil kesempatan..dan semenjak dah menjadi isteri nih tambah lagi satu customer..5 hari baju kerja suami aku (satu baju melayu, 4 kemeja, 2 seluar)..tu la salah satu rahsia aku tetap slim..

Sambil gosok baju aku tengok t.v.. mak aku kata aku sangat pro dalam mengosok baju.. tangan kiri pegang sterika..tangan kanan pegang remote ASTRO.. asal bosan tukar channel (remote ASTRO sentiasa berada dalam poket seluar aku..demi keselamatan)..bila penat aku rehat jap..jap je..sebab aku nak elakkan gosok baju waktu malam..bila nampak matahari mengeluarkan haba yang sangat panas, aku pun angkat kain yang dh kering, sidai yang basah plak..then sambung lagi gosok baju..

Selesai gosok baju, aku masuk dapur, cuci pinggan, abis cuci pinggan aku pun tengok tv..smpai la takde cite yang menarik, aku pun gi mandi.. kalo tak jangan harap la nak masuk toilet..Selepas mandi, masak nasi tuk makan malam..

After makan aku akan bawak baju2 aku masuk bilik, lipat baju dan kemas almari serta bilik.. then kemas barang2 nak bawak gi keje.. pastu tido la..pe lagi..?

Aku nak kemas barang nak gi keje sok nih.. Happy monday day.. =)

Saturday, May 9, 2009

Emak..oh..Emak..

HAPPY MOTHERS DAY!!!to all Mother, Emak, Ibu, Umi, Mama,Mummy,Ma, and especially to my Emak.. =) Selamat Hari Ibu..



Sempena esok hari ibu, mesti ramai yg celebrate dengan keluarga yg tersayang..actually tak semestinya kita kena celebrate hanya pada Hari Ibu sahaja. Tetapi kita bleh celebrate bila-bila masa sahaja dengan ibu yang tersayang, mungkin dengan ayah, mungkin dengan adik beradik, atau satu keluarga..



Bercerita tentang Hari Ibu ni, adeq nak ucapkan Terima Kasih kepada Emak kerana banyak membantu, mendorong, memarah,membelanja, adeq selama adeq hidup di dunia ni and until now..Bila di pikirkan semula sangat banyak mak berkorban untuk aku, mak sentiasa bersama dengan aku, mak mengeluarkan duit untuk aku, mak berbelanja untuk aku, mak menangis kerana aku, mak ketawa kerana aku, mak marah kerana aku, dan macam2 emosi emak ada di sebabkan aku..agaknya macamna aku yang jadi EMAK?? em...renung2kan..



Masa aku belajar di unimas, tak silap aku tahun 2 akhir..aku sakit..dan di masukkan ke General Hospital Kuching..aku tak dapat lupakan kenangan tu..anyway really2 thanks to my friend yang tolong aku..anta aku ke klinik UNIMAS..(thanks Nad and Izzerk)..yang menemani aku dalam klinik tu sampai aku dihantarkan ke Hospital..that day aku tak tau ape penyakit aku..yg pasti aku rasa nyawa dihujung tanduk..huhuhu seram..semalaman aku di Hospital aku ditempatkan di wad kecemasan, bersebelahan dengan katil penjenayah. Memang menakutkan..

2 kali aku dimasukkan ke GH tu..thanks my roomate (nad, izzerk, aini, mama, mal,cik CT dan akak2).. Tanpa kowang sume, adeq mesti susah..Kowang banyak membantu adeq dikala adeq sakit..Nad and Izzerk siap dukung aku (dowang kata aku ringan..mm..)



Mak dan ayah aku bergegas ke KLIA tuk terbang ke Kuching bile mereka tahu aku masuk GH. Tiket beribu, tapi yg menyentuh hati aku, saat mak ayah aku berlari takut terlepas flight.. Dlm umur yg meningkat usia, dalam penat tak terkata, mak ayah sanggup berlari demi melihat aku.. Em,sempat gak aku tido hotel, dapat hp canggih time tuh, dapat pe je aku nak..best2.. =)



Tapi penyakit aku tu dikesan selepas aku graduate..pada bulan Febuari, 2007. Aku dimasukkan semula ke hospital Putrajaya. Mulanya aku ingat gastrik sebab tak makan sehari (aku amik exame PTD, tapi takde transport nak beli makanan,aku terpaksa kongsi air dan roti bersama Gone dan Leya)..Makan beberapa hari la untuk doktor find out penyakit aku ni.. sebab guna macam2 cara pun tak jugak nampak..dan beberapa hari gak aku terpaksa puasa..Dan insan yang menemani aku dari pagi sampai malam..Emak..Yang bersusah2 tido di atas kerusi,yang teman aku ke toilet, suap aku mkn (actually paksa aku mkn)..abg aku datang hantarkan bantal bucuk dan bear2 aku..sampailah aku operation..Emak yang teman aku hingga ke bilik operation,aku jaga dari operation, kuar dari bilik tu aku nmpak mak aku...and my frends always stand besides me..Aini (datang 2 kali tengok aku, siap bawak belon tu..hihi)..mama, juar, dan nad..Thanks guys..even aku kt rumah (not in Sarawak) kowang tetap jenguk aku..thanks.. Seingat aku, aku hanya sempat bersalam dengan nad je..bius tu kuat sangat..aku pun tak nampak sangat muka kowang,kabur2 je.. bila buka mata sekali lagi, aku nampak ayah aku duduk disebelah aku (ayah nangis)..aku terlelap semula..buka je mata, sume takde di sisi aku.. aku mcm blur2 la, lupe ape yang jadi..dan pengalaman takleh di lupakan, saat nak bangun dari katil ke toilet, dalam keadaan perut dijahit, sebelah tangan masuk air, sebelah lagi masuk ubat, dan tiada sape waktu itu disisi aku..bayangkan..



Selepas 2 minggu dihospital,aku pun kuar, mcm dah lama tak jumpe matahari, hampir seminit la aku pandang matahari (time tu petang)..mak ayah yang amik aku balik..emak amik cuti yang lama untuk jaga aku..emak yang suapkan aku, yang angkat aku dari tido kalo nak ke toilet, yang mandikan aku..selama sebulan mak aku mandikan aku,sikatkan rambut aku, teman aku tengok tv, teman aku makan, teman aku berjalan (tapi time tu aku tak stabil untuk berdiri), ramai gak kawan2 yang datang ziarah aku, Cik CT dan tunangnya (bawak Forero lagi tu), Zatie (dari terengganu)..ada gak orang yang aku tunggu dan harapkan tak datang..



Selama sebulan itu jugaklah mak,ayah dan adik beradik aku tahan dari makan yang sedap2..sebab aku takleh makan..ayah beli ikan haruan yang tetap idup walau dah 2 hari didarat..ayah dan abg aku berperang ngan haruan kat dapur selama 2 hari..hihi



Banyak pengorbanan mak,ayah aku buat..dan aku tau mak ayah aku sayangkan aku, abang dan adik aku pun sayangkan aku walau tak tunjuk..Disebabkan itu, kemana je mak aku nak pergi, aku sanggup hantar, ape je mak aku nak makan aku sanggup tunaikan, dan kalo boleh aku nak teman mak aku setiap masa, aku takleh tenggok mak kesepian, keseorangan kat umah, bila ada peluang aku akan ajak mak keluar,makan kat luar, shopping..sebabkan pengorbanan mak, membuatkan aku terlalu menghargai mak dan keluarga aku.. walau ape yang terjadi keluarga aku yang pertama..Kalo diberikan rezeki lebih, aku nak belikan kerusi urut yang lengkap untuk mak (aku tengah kumpul duit skang nih)..Buat masa sekarang, sempena hari ibu aku nak beli kipas yang paling besar untuk mak..sebab mak tak suka panas..mm..



Bagi aku takde benda yang bleh menggembirakan dan menenangkan aku selain senyuman di wajah emak..walau aku ni gaji tak seberapa tapi aku cuba untuk merealisasikan ape je yang mak aku inginkan..Sempena Hari Ibu esok, aku tak mampu untuk menyambut diluar, tapi aku nak sambut dirumah..macamne??..aku nak buat rutin harian kami waktu aku muda2 dulu..baring sambil tengok cita cina, korea sepanjang hari, masak, bercerita, bergurau dan tido... Dah lama kami tak buat macam tu..aku dah sibuk dengan keje, dan bakal sambung belajar..ini je peluang untuk aku lakukan esok..



Terima Kasih Mak


Tuesday, May 5, 2009

Sakit or Buatan Org??!!!

This title look too serius?huh?!But is really happen to me.. Almost 2 month i`m suffering this "penyakit pelik".. Hanya Allah yang tahu..

Based on what doctor said "ujian darah awak menunjukkan awak takde apa2, cuma alahan sket je" Sikit??!!! I dont know how to react.. And the last word she said to me before i leave her room "if makin teruk datang balik jumpe saya"(doktor Klinik kesihatan Putrajaya)..

Before this..aku pergi ke klinik rawatan islam..abd doctor said "mungkin penyakit kudis buta" aku btol2 terkejut..(sorry.. i dunno actualy wat kudis buta is, and how does it look like?) aku pun balik mkn ubat macam biasa..sapu creame yg aku sendri rasa itu kudis buta and i hope leh baik ASAP..

A week after that, my skin look sooo horror..(can i used that word? Horror?) in other words makin teruk.. org tak nampak, aku je nampak, aku je rasa, aku je tanggung, aku je, aku je dan aku je.. yg pasti mmg aku.. A.K.U!Mak sedara aku kt PD bawak aku je nenek nih.. aku tak tau nk sebut pe..so aku panggil nenek je..alang2 tak pernah ada nenek..hm..setelah di baca itu dan ini.. mcm biasa ar nenek tu kata "ni terkena buatan org melalui angin nih..org tu nk anta kat org lain tapi terkena awk.." lantas ati aku menjawab (ati aku je) "aku takde lak melintas kat mana2 tempat berangin, tempat peranginan atau tempat yang ada angin..aku btol2 konpius" dia beri nye aku ubat..guna ubat tu dengan syarat!! SYARAT?? jangan mandi 3 hari.. "APE TAKLEH MANDI 3 HARI??!!!" mane la aku nk tahan..

Another2 week (ntah yg keberapa minggu ntah) baru le aku jumpe doktor tu.. dan baru ahad lepas aku jumpe nenek yg lain di PERAK. Nenek tu kata aku kena "ketegur".. Ada benda tegur aku.. Time tu aku memang la seram sejuk..tapi ati aku tetap nk menjawab "nak tegur cakap ar depan2, guna ar bahasa melayu, yg gi tegur kulit aku wat pe, memang ar takde mulut" agaknya ati aku yg kerek ni telah menyebabkan penyakit aku bertambah serius..

But thanx to my frenz yang tolong bagi macam2 advice, i appreciate it..sabtu nih aku nk gi jumpe makcik lak.. huhuhu sengsara idup aku..

Aku ni manusia biasa gak.. tak kuat mana.. mcmne tabah pun aku, bergelak ketawa, bernyanyi riang, aku tetap akan rebah..for the 1st time, aku menangis sekuat2 ati aku.. aku tak dapat tahan sakit nih.. rasa badan aku nak terbakar, ramai yang ckp kulit aku jadi sunburn yang aku ingat mungkin kesan dari mandi laut, tapi sampai skang macam tu gak kulit aku..gatal yang teramat sangat, waktu keje aku takleh duduk diam, aku keluar masuk toilet, aku jirus dengan air bagi kulit aku sejuk, tengah buat keje rasa kaki aku panas, gatal2, smpai umah, aku menangis sepuas2nya.. aku tak tau mana punca sakit ni..org tengok mungkin akan ckp biasa, aku yg menanggung nye?? Segala benda aku dah guna tapi masih tak baik..

Hanya doa je skang yang aku mampu buat, tu je jalan yg ada.. dan aku harap yang membaca blog aku ni dapat membantu aku, berdoa tuk aku.. supaya aku dapat jalani idup aku mcm org biasa..supaya tidur aku lena..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri sendiri..Aku mungkin terima balasan dan mungkin terima dugaan.. tapi yg pasti nya "baru yang kecil di dunia aku terima aku dah tak tahan, di akhirat....? Nauzubillah....