Saturday, May 9, 2009

Emak..oh..Emak..

HAPPY MOTHERS DAY!!!to all Mother, Emak, Ibu, Umi, Mama,Mummy,Ma, and especially to my Emak.. =) Selamat Hari Ibu..



Sempena esok hari ibu, mesti ramai yg celebrate dengan keluarga yg tersayang..actually tak semestinya kita kena celebrate hanya pada Hari Ibu sahaja. Tetapi kita bleh celebrate bila-bila masa sahaja dengan ibu yang tersayang, mungkin dengan ayah, mungkin dengan adik beradik, atau satu keluarga..



Bercerita tentang Hari Ibu ni, adeq nak ucapkan Terima Kasih kepada Emak kerana banyak membantu, mendorong, memarah,membelanja, adeq selama adeq hidup di dunia ni and until now..Bila di pikirkan semula sangat banyak mak berkorban untuk aku, mak sentiasa bersama dengan aku, mak mengeluarkan duit untuk aku, mak berbelanja untuk aku, mak menangis kerana aku, mak ketawa kerana aku, mak marah kerana aku, dan macam2 emosi emak ada di sebabkan aku..agaknya macamna aku yang jadi EMAK?? em...renung2kan..



Masa aku belajar di unimas, tak silap aku tahun 2 akhir..aku sakit..dan di masukkan ke General Hospital Kuching..aku tak dapat lupakan kenangan tu..anyway really2 thanks to my friend yang tolong aku..anta aku ke klinik UNIMAS..(thanks Nad and Izzerk)..yang menemani aku dalam klinik tu sampai aku dihantarkan ke Hospital..that day aku tak tau ape penyakit aku..yg pasti aku rasa nyawa dihujung tanduk..huhuhu seram..semalaman aku di Hospital aku ditempatkan di wad kecemasan, bersebelahan dengan katil penjenayah. Memang menakutkan..

2 kali aku dimasukkan ke GH tu..thanks my roomate (nad, izzerk, aini, mama, mal,cik CT dan akak2).. Tanpa kowang sume, adeq mesti susah..Kowang banyak membantu adeq dikala adeq sakit..Nad and Izzerk siap dukung aku (dowang kata aku ringan..mm..)



Mak dan ayah aku bergegas ke KLIA tuk terbang ke Kuching bile mereka tahu aku masuk GH. Tiket beribu, tapi yg menyentuh hati aku, saat mak ayah aku berlari takut terlepas flight.. Dlm umur yg meningkat usia, dalam penat tak terkata, mak ayah sanggup berlari demi melihat aku.. Em,sempat gak aku tido hotel, dapat hp canggih time tuh, dapat pe je aku nak..best2.. =)



Tapi penyakit aku tu dikesan selepas aku graduate..pada bulan Febuari, 2007. Aku dimasukkan semula ke hospital Putrajaya. Mulanya aku ingat gastrik sebab tak makan sehari (aku amik exame PTD, tapi takde transport nak beli makanan,aku terpaksa kongsi air dan roti bersama Gone dan Leya)..Makan beberapa hari la untuk doktor find out penyakit aku ni.. sebab guna macam2 cara pun tak jugak nampak..dan beberapa hari gak aku terpaksa puasa..Dan insan yang menemani aku dari pagi sampai malam..Emak..Yang bersusah2 tido di atas kerusi,yang teman aku ke toilet, suap aku mkn (actually paksa aku mkn)..abg aku datang hantarkan bantal bucuk dan bear2 aku..sampailah aku operation..Emak yang teman aku hingga ke bilik operation,aku jaga dari operation, kuar dari bilik tu aku nmpak mak aku...and my frends always stand besides me..Aini (datang 2 kali tengok aku, siap bawak belon tu..hihi)..mama, juar, dan nad..Thanks guys..even aku kt rumah (not in Sarawak) kowang tetap jenguk aku..thanks.. Seingat aku, aku hanya sempat bersalam dengan nad je..bius tu kuat sangat..aku pun tak nampak sangat muka kowang,kabur2 je.. bila buka mata sekali lagi, aku nampak ayah aku duduk disebelah aku (ayah nangis)..aku terlelap semula..buka je mata, sume takde di sisi aku.. aku mcm blur2 la, lupe ape yang jadi..dan pengalaman takleh di lupakan, saat nak bangun dari katil ke toilet, dalam keadaan perut dijahit, sebelah tangan masuk air, sebelah lagi masuk ubat, dan tiada sape waktu itu disisi aku..bayangkan..



Selepas 2 minggu dihospital,aku pun kuar, mcm dah lama tak jumpe matahari, hampir seminit la aku pandang matahari (time tu petang)..mak ayah yang amik aku balik..emak amik cuti yang lama untuk jaga aku..emak yang suapkan aku, yang angkat aku dari tido kalo nak ke toilet, yang mandikan aku..selama sebulan mak aku mandikan aku,sikatkan rambut aku, teman aku tengok tv, teman aku makan, teman aku berjalan (tapi time tu aku tak stabil untuk berdiri), ramai gak kawan2 yang datang ziarah aku, Cik CT dan tunangnya (bawak Forero lagi tu), Zatie (dari terengganu)..ada gak orang yang aku tunggu dan harapkan tak datang..



Selama sebulan itu jugaklah mak,ayah dan adik beradik aku tahan dari makan yang sedap2..sebab aku takleh makan..ayah beli ikan haruan yang tetap idup walau dah 2 hari didarat..ayah dan abg aku berperang ngan haruan kat dapur selama 2 hari..hihi



Banyak pengorbanan mak,ayah aku buat..dan aku tau mak ayah aku sayangkan aku, abang dan adik aku pun sayangkan aku walau tak tunjuk..Disebabkan itu, kemana je mak aku nak pergi, aku sanggup hantar, ape je mak aku nak makan aku sanggup tunaikan, dan kalo boleh aku nak teman mak aku setiap masa, aku takleh tenggok mak kesepian, keseorangan kat umah, bila ada peluang aku akan ajak mak keluar,makan kat luar, shopping..sebabkan pengorbanan mak, membuatkan aku terlalu menghargai mak dan keluarga aku.. walau ape yang terjadi keluarga aku yang pertama..Kalo diberikan rezeki lebih, aku nak belikan kerusi urut yang lengkap untuk mak (aku tengah kumpul duit skang nih)..Buat masa sekarang, sempena hari ibu aku nak beli kipas yang paling besar untuk mak..sebab mak tak suka panas..mm..



Bagi aku takde benda yang bleh menggembirakan dan menenangkan aku selain senyuman di wajah emak..walau aku ni gaji tak seberapa tapi aku cuba untuk merealisasikan ape je yang mak aku inginkan..Sempena Hari Ibu esok, aku tak mampu untuk menyambut diluar, tapi aku nak sambut dirumah..macamne??..aku nak buat rutin harian kami waktu aku muda2 dulu..baring sambil tengok cita cina, korea sepanjang hari, masak, bercerita, bergurau dan tido... Dah lama kami tak buat macam tu..aku dah sibuk dengan keje, dan bakal sambung belajar..ini je peluang untuk aku lakukan esok..



Terima Kasih Mak


1 comment: