Tuesday, June 2, 2009

Bila kita frust bercinta...??

Pagi tadi aku dapat sms dari kawan laki aku. Actually everyday dia sms aku. Tanya khabar, buat apa, then he update all his new life kat aku. As a friend of course aku akan layan, if kena bagi pendapat aku akan bagi. And today my gurlfriend pun anta sms, Actually dia pun sama gak almost every day she will send sms to me. Ya..of course i`m glad my friend still remember me but ada sebab kenapa mereka jadi macam tu.And i receive short sms from my gurlfriend "aku teringat kat ex-bf aku"..and you all get the answer right? Why both of them sms me?



We all close since di zaman U lagi. Aku ni pantang bila kawan nak berkenalan dengan one of my friend. Aku akan kenalkan because aku tahu kawan aku tu macamna. Kenalkan je la, the rest aku dah tak amik tahu. So nak dipendekkan cerita aku pun kenalkan kawan laki aku si S ni dengan kawan ex-office aku dan kawan perempuan aku si A ni dengan kawan current-office aku. Yang pastinya lelaki la start dulu, bila aku tengok line ok aku kenalkan la. Benda ni terjadi dalam bulan yang sama tapi minggu yang berlainan.

Dipendekkan cerita mereka masing-masing bercinta dengan pasangan masing-masing. Kira aku ni boleh bukak "tempat cari jodoh" la.. Aku memang gembira, at least apa yang aku tolong memang berjaya la. Dipendekkan cerita lagi, jodoh tak memihak kepada mereka. Masing-masing mengalami masalah dalam perhubungan pada bulan yang sama dan minggu yang sama. As a 'punca' mereka (aku la tuh) mestila mereka refer kat aku, mintak tolong kat aku. Aku jadi sedih sangat dan aku rasa sangat bersalah sebab aku mereka jadi macam ni. Ada yang dah putus di tengah jalan dan ada yang terumbang ambing.

Dalam pada tahun yang sama (bulan aku tak ingat), kawan aku yang dah bertunang selama 5 tahun tiba-tiba putus disaat nak mendirikan rumah tangga atas sebab-sebab yang tak disangka-sangka. Aku tak dapat bayangkan betapa kecamuk, hancur hati dia. Semua barang dah sedia tunggu nak sediakan yangb besar-besar je dan confirm date kawin je. Pada waktu yang sepatutnya tentukan tarikh kawin menjadi tarikh perpisahan. Dia masih boleh bertahan di tempat kerja tetapi di rumah aku tahu dia menderita.

Apakah yang patut dilakukan oleh aku supaya tengok kawan-kawan aku bahagia?? Sebenarnya ni semua di tangan tuhan. Allah yang mengetahui arah kita, dan kita hanya mampu berdoa sahaja.Atas dasar pengalaman aku dan apa yang aku alami, aku hanya berpegang pada beberapa ayat:

1. Ada sebab mengapa kita tidak dicipta untuk bersama dengan dia.
2. Mungkin perkara ini terjadi akan memberi hikmah kepada kita di hari lain.
3. Hanya Allah yang tahu siapa yang layak berada di samping kita bila dah tua.

Kepada kawan-kawan ku, aku tahu perit, sedih, luka hati ini bila kita tak dapat bersama orang yang kita cinta saat itu, yang kita sayang saat itu. Tapi percayalah tak semua kita inginkan akan tercapai, tak semua kita impikan akan terlaksana, tak semua kita rancangkan akan berjalan lancar. Kadang-kadang Allah hendak menduga kita, sekuat mana hati kita, dan kadang-kadang Allah nak mengajar kita Qada dan Qadar supaya kita bersedia dengan dugaan yang mendatang.

Memang aku boleh jadi tempat korang mengadu tapi Allah tetap tempat pertama dan utama untuk kita mengadu. Allah sentiasa mendengar segala rintihan hati hambanya as long kita taat kepadanya. Aku pun bukan nya baik sangat tetapi berdoa kepada Allah, mengadu kepada Allah tak kira tengah makan ke, sebelum tidur ke, tengah mandi ke, jika kita berdoa dalam hati ke Allah tetap mendengar. Itu yang aku praktikan. Lagi-lagi saat aku tak sanggup bekerja di previous office aku. Alhamdulillah..Allah perkenankan doa aku. Benda ni takkan jadi secara mendadak, asalkan kita ikhlas Insya Allah, Allah akan mendengar.

Aku doakan kawan-kawan aku dan umat lain didunia ini akan berjumpa jodoh sebaik-baik mereka. Insya Allah..

2 comments:

  1. Hahahaha.teringat adeq sibuk jadi posmen untuk juar. Eh eh kahwin juga I ni dgn mamat tu, dok dlm benci-benci jg dulu.

    ReplyDelete
  2. dont blame urself on the failure of the relationship.. saya pun kawan 4thn lebih tp akhirnya saya bkahwin dgn org lain.. dah jodoh.. kan?

    ReplyDelete