Sunday, May 31, 2009

Ikan Cencaru..Ikan Cencaru..

Semalam aku teringat aku pernah makan ikan bakar sedap di rumah aunty kawan aku. Aku pergi ke rumah aunty tu ada sebab utama, alang-alang aunty tu ajak makan (kebetulan aku datang lepas kul 1 petang dan time tu aunty tu tengah bagi anak jagaannya makan tengah hari) aku pun makan ar.Atas dasar memahami diri sendiri, aku ni bukan la jenis yang "slumber" di rumah orang, lagi-lagi orang yang aku kenal tu tak sampai le sebulan. Aku agak malu la bila di ajak makan, masa aunty tu join sekali aku tersipu-sipu makan. Sikit je nasi aku letak, sikit-sikit aku masuk dalam mulut aku dan agak lama aku mengunyah untuk sekali suapan. Lauk yang dihidang ayam masak merah, ikan bakar, sayur campur dan ikan goreng. Sedap-sedap lauk yang aku makan.

Beberapa minit kemudian, aunty tu siap makan lalu dia ke dapur. Aku apa lagi, tambah nasi, lauk takyah cerita ar. Tanpa segan silu 'plus' kawan aku tu pun jenis kuat makan, makin banyak la aku makan. Aku sebenarnya tertarik dengan ikan bakar aunty tu. Aku siap tanya resepi lagi. Seingat aku, 2 ketul ayam, 2 ekor ikan aku dan kawan aku tu makan. After makan, dua-dua terdiam *aku baru faham kenapa ular sawa duduk diam selepas makan*.Terlampau kenyang. Tak pernah aku berkelakuan* seperti itu dirumah orang, malah rumah sedara mara aku pun tak macam tu. Akibat penahan ikan bakar aku lupa daratan.

Dan semalam aku tiba-tiba "ter"rindu dekat ikan bakar tu. Aku terbayang-bayang akan bentuk, bau dan rasa ikan tu. Pergghh!!kalah orang angau bercinta. Aku sebenarnya dilahirkan tanpa ilmu pengetahuan tentang nama-nama ikan, adik beradik ikan ke sedara-mara ikan ke aku memang tak tahu kecuali ikan bilis, ikan sardin (dalam tin- sebab tu aku tahu), ikan bawal. Nak di jadikan cerita, disebabkan aku ni sangat la teringin nak mencuba + memakan ikan bakar itu, lantas aku tanpa memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya, bawa kereta ke pasar (seri kembangan).

Sesampainya aku di pasar, aku terus menuju ke bahagian ikan. Tiba-tiba aku terkedu + blur. Sume ikan serupa!!Ada la a few yang aku kenal ikan tu. "Ah sudah..apa nama ikan tu...??!!" Tiba-tiba mamat bangla nih datang kat aku, "ye cik mau ikan apa?" Aku pandang mamat bangla tu dengan pandangan kosong serta senyuman ikhlas dari hati (apa nama ikan tuuuu...??) Aku pun tanya mamat tu, "ada tak ikan muka macam ikan kembong tapi kulit dia keras??" Mamat bangla tu pulak bagi pandangan kosong berserta kerutan di dahi + senyuman ikhlas dari hati dia (aku rasa dia ketawa kan aku) "tarak la cik"

Aku dah tak tau apa perlu aku buat, aku pun call mak aku..tutt..tutt..tutt.."hello" "mak!mak tau tak apa nama ikan yang muka dia macam ikan kembong tapi kulit dia keras?" tiada jawapan buat seketika, mungkin mak aku tengah berpikir..tiba-tiba aku terdengar gelakan yang agak 'kerek' sikit dari mak aku. "Dah kawin pun nama ikan tak tahu ke?. Ikan cencaru la!" mak aku sambung gelak balik. "Mana la adeq tau nama ikan tu, dah asyik makan ikan kembong, ikan bawal, ikan sardin dan ikan bilis. Salah siapa sekarang adeq tak tau nama ikan?". Aku geram. Kesian aku. Aku tak pergi ke tempat mamat bangla tu tadi. Aku ke kedai lain lak . "Pakcik, mana satu ikan cencaru??" "Ni ikan jet dik. Yang ni baru sampai pagi tadi jadi harganya mahal sedikit. Yang ini semalam punya, jadi murah sedikit harganya." Aik? Ikan jet???? Kekonpiusan aku memang tahap cipan waktu tu. "bukan pakcik, saya nak ikan cencaru" Pakcik tu bantai sengih kat aku, "dik, ikan cencaru sama la dengan ikan jet.kulit ikan ni keras sebab tu namanya ikan jet" Dengan perasaan malu + segan + ada muka-muka yang pandang aku, aku cuma mampu menjawab "OOOOooooo" =)

Akhirnya aku berjaya membuat resepi ikan cencaru bakar. 2 ekor ikan aku makan seorang. Alangkah puas hati aku menikmati ikan yang sangat susah untuk aku mencari nya. Mungkin ikan cencaru ni ada bau-bau bacang dengan ikan kembong kot..Disebabkan pertama kali cubaan aku membuat resepi ini berjaya, aku kongsilah resepi simple yang aku ambil dari Mesra.net Resepi (Kiriman dari: badrulshah).

Resepi ikan cencaru bakar berisi kelapa

5 Ikan cencaru/ikan jaket 1 biji Kelapa parut. 5 biji Cili masak dikisar atau ditumbuk. (ikut rasa nak pedas atau tak) sentengah sudu garam. ½ gula. Daun kunyit 3 helai Dihiris kecik-kecik.

Cara-cara

Bersih ikan cencaru.Jangan buang kulit.Dibelah tengah-tengah.Campur kan semua bahan2 dalam satu mangkuk.kelapa,cili,garam,gula dan daun kunyit.Gaulkan bersama.Sumbat bahan tersebut dlm dlm ikan cencecaru yabg dibelah.Bakar di avon,kuali atau bakar dengan mengguna bara api.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment