Monday, October 19, 2009
So....Complicated!
Just to share : What happen when we find out that the special person that we love, we are not love anymore?
: What happen when we love somebody else that belong to someone..and in the same time o.m.g! we are belongs to someone?
Is that hurt?? How about you love both but you cant take both..you have to choose..???
ArrrrggggHHHhhh!! I cant answer that. Dont make this situation complicated. Just follow the "way"..
*mama..congrats!! tak sabar nak jadi aunty adeq =)*
Tuesday, September 29, 2009
L.O.V.E
What do you feel when you loss your love?? How do you know that is your love??How do you know he's / she's the one??
There's lot of question we can ask bout *L.O.V.E*
Bila aku dapat tahu kawan aku mencintai kekasih orang, aku rasa sangat marah.But then i realize we dont ask love to come. Cinta datang dengan sendiri tanpa dipaksa. Bagi aku, jika aku berada di tempat dia, aku tak paksa perasaan tu datang, perassaan tu hadir sendiri. Tak semua cinta dibalas. Tu takpe lagi. Kalo cinta di balas tapi bukan sebagai kekasih tapi "scandal". Disebabkan kedua-dua saling mencintai tetapi masing-masing dah berpunya. Itu lagi perit.. kan?
Macam-macam cerita cinta yang aku dengar.Ada yang bercinta sakan bila kawin tak sampai setahun terus putus. Ada yang kawin atas dasar "tangkap muat" kesannya...? Ada yang bercinta tetapi rupa-rupanya masing-masing dah berpunya. Ada yang bercinta tapi putus ditengah jalan. Ada yang saling mencintai tapi tak boleh bersama. Ada yang benci tapi bahagia setelah bersama. Macam-macam cerita yang kita dengar dan hanya satu penyebabnya.....*L.O.V.E*
Tapi yang pasti, kita tak paksa dan kadang-kadang kita tak nak cinta tu hadir. Sebab apa yang akan berlaku seterusnya sangat perit. Bila kita tahu orang yang kita sayang tak jadi milik kita, sangat sedih..aku tengok kawan-kawan terdekat aku pun aku dapat rasakan..Umur macam kami ni dah tiada *cinta monyet* or *cinta pakai buang* Semua mencari cinta sejati.Ada yang tak cari tapi "benda" tu hadir. Tu yang bagi masalah. .
Cont....
Wednesday, September 9, 2009
Puasa as a "Pekerja Berdedikasi"
During Ramadhan, office hour started on 8.00 am till 4.30pm, but "my" office hour is around 7.15am till bukak puasa..hahaha..We will finished our task before 7 o`clock then ramai-ramai akan makan di stall "Dapur Kampung". We enjoyed bukak puasa bersama =)
Macam biasa la, selepas makan gosip tetap ada. But the different is, kaum adam yang hangat membara bercerita. Aku tak pernah balik dalam tangan kosong or dalam keadaan murung. Confirm aku balik rumah dengan hot story + tired from laughing.
This chronology will continually repeat almost 5 days a week..Gile tak? Sampai rumah around 9 pm mandi-mandi terus tido. Then pagi esok sahur - mandi - bersiap - capai beg - gerak - buat kerja - bukak puasa - balik - mandi - tido. Until l i realize i don't now what day is today, what date is today. Everyday is the same.
Pejam celik, next week dah nak raya. Huhuhu Takda baju raya =(
Sunday, August 23, 2009
Happy Fasting!!
Bila petang semua pening nak beli lauk pe..Lagi-lagi semua yang dibeli hanyalah mengikut nafsu semata-mata..budget?? selalunya lari.. =p Saat-saat nak buka puasa kami akan berkumpul ramai-ramai di ruang tamu bersama-sama bz dengan jamuan didepan mata.. Baca doa bersama-sama, kongsi makanan bersama-sama.. Oh God!! miss that memory..
My dear friends Selamat berpuasa..and hope this month will give us ketenangan.. And girls.. Dont forget our 13th Sept =) Mmmuuuaaahh!!!
Happy Fasting!!
Bila petang semua pening nak beli lauk pe..Lagi-lagi semua yang dibeli hanyalah mengikut nafsu semata-mata..budget?? selalunya lari.. =p Saat-saat nak buka puasa kami akan berkumpul ramai-ramai di ruang tamu bersama-sama bz dengan jamuan didepan mata.. Baca doa bersama-sama, kongsi makanan bersama-sama.. Oh God!! miss that memory..
My dear friends Selamat berpuasa..and hope this month will give us ketenangan.. And girls.. Dont forget our 13th Sept =) Mmmuuuaaahh!!!
Happy Fasting!!
Bila petang semua pening nak beli lauk pe..Lagi-lagi semua yang dibeli hanyalah mengikut nafsu semata-mata..budget?? selalunya lari.. =p Saat-saat nak buka puasa kami akan berkumpul ramai-ramai di ruang tamu bersama-sama bz dengan jamuan didepan mata.. Baca doa bersama-sama, kongsi makanan bersama-sama.. Oh God!! miss that memory..
My dear friends Selamat berpuasa..and hope this month will give us ketenangan.. And girls.. Dont forget our 13th Sept =) Mmmuuuaaahh!!!
Teruskanlah
Agnes Monica – Teruskanlah
Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu
Back to reff.
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah… teruskan lah..
Lirik lagu Agnes Monica – Teruskanlah ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Agnes Monica – Teruskanlah.
Monday, July 20, 2009
Kebuhsanan
Takda kawan nak berborak, bergosip, bergurau.. huhuhuhu lambat sungguh masa berlalu...
Monday, July 13, 2009
Family Day
Kami pergi seperate kereta la aku, husband and Qis naik keta kancil aku tuh, the rest naik keta wira. Sesampai je kami di PD (actually kat teluk kemang since situ je area yang kosong dan selesa), kami terus berkumpul dalam family group masing-masing. Oh Ya! Kami sekeluarga wearing red t`shirt (nice2). Macam-macam acara yang ada dan aku insan yang sangat semangat dalam program kanak-kanak ni. Mujur aku ada geng, Qis. Yelah..kami ni dekat2 je ketinggian.
Game-game yang aku main :
1. Cari barang dengan menutup mata. Game ni aku jadi tukang tunjuk arah dari jauh. -kami dapat no 1 tapi dari yang last. Hahaha
2. Isi air dalam botol. Game ni kena guna span then isi dalam botol. Yang ni aku, mama, mimi (kawan opis aku yang aku tak sangka boleh join bersama), kak ruby. -kami kalah ditangan orang yang taknak mengalah *nak wat macamana..even "she" buy that present and she knows all of that present she still want to be a winner!!* Kami isi air patut guna span je, tapi kami amik lumut siap perah dalam botol air *nak menang la katakan*
3. Mencari harta karun. -aku tetap tak menang, mama aku no 1. Hebat..hebat.. Tapi yang aku peliknya orang yang buat listing harta karun tu pun join siap menang gak tuh.Pelik..Pelik..
Dah lama aku tak berlari, terkejar-kejar, badan aku dah jadi berat, patut aku kalah *well..sedap kan hati..* Tapi aku dapat lihat bila mak-mak main game yang ada anak-anak sekali akan memastikan family dia menang. Dalam minded semua yang ada kat situ adalah MENANG.
So bagi aku lebih baik buat family day yang hanya berjalan-jalan dari yang ada games ni. Boleh wat gaduh je...kan?
Wednesday, July 8, 2009
~Winter Sonata~
Saturday, June 27, 2009
Petua Isteri-isteri
Then dia kata, kalau nak anak cepat salah satu cara makan taugeh. Ni cara indon la..Aku pun dengar je.So, kalo nak mudah ada anak kena la makan taugeh banyak-banyak, makan benda-benda sejuk, makan buah-buahan, sayur-sayuran, elak makan benda panas dan berempah. So, para isteri you guys should follow this.
Satu lagi, kalau nak bagi hubungan suami isteri ni baik *mengghairahkan* ada caranya:
Lada hitam (dalam 2,3 biji) ditumbuk, halia (kecik je) ditumbuk untuk amik air halia tu, telur ayam kampung (amik kuning telur je), dan satu sudu madu.
Nasihat aunty tu kat aku, kita sebagai isteri macamana sekalipun, badan kena jaga, kesihatan kena jaga. Aunty tu suruh makan jamu. Dia sarankan jamu Romput Fatimah. Entah kat mana jual aku pun tak tahu.
So, my friends, good luck!
Friday, June 19, 2009
H1N1??!!!
Janji kawanku sihat di sana, kira ok la..tapi aku tetap risau kalo selsema tu boleh terbang ke Malaysia. Kita takda pelindung..takda baju pelindung..tudung pelindung..penutup hidung tu je yang ada..tapi yang kita ada pelindung dari Allah.
Kita berdoa je semoga kita terlindung dari wabak dunia ni..dan percutian kita menjadi..
Sunday, June 14, 2009
Next vacation...??
Ni salah satu percutian kami, even dekat je but kami happy!! Anyway, kami bagaikan dilahirkan hidup didunia ini bersama kamera.Pantang kamera on, abis suma gaya kami buat.. Ala-ala poyox gitu..
Saturday, June 13, 2009
Aku minat Lagu nih!
Sebenarnya aku nak add je video lagu ni..tapi memandangkan tahap IT aku ni tak mencapai tahap "hebat" jadi aku terpaksa la copy paste je lirik nih..So angap-angap je la tengah dengar lagu ni..
Aku suka lagu ni.. Dari dulu lagi, before lagu ni berkumandang di radio. Selain dari maksudnya yang tersirat, lagu ni juga yang membuat aku dapat "besfren" di office aku. Kawan aku ni laki.. Duduk sebelah aku di meja "kantin". Walaupun kami ni semeja tapi kami ibaratkan lain department because of diferent work task. Aku selalu bawak ipod aku pergi kerja *yela bosan-bosan boleh nyanyi, nyanyi kan feveret aku*.Bila aku nyanyi je lagu ni terus kawan aku ni sibuk nak dengar, dengan erti kata lain hampir setiap hari aku berebut nak dengar lagu tu dengan dia walaupun aku tuan empunya ipod tu. Last-last kami berduet je dalam bilik tu.
Lagu tu terus tersebar di office bagaikan virus influenza yang tersebar didunia. Huhuhu..Akibat penangan suara kami yang merdu ni, semua dok nyanyi lagu ni. Asalkan lagu ni ada kat radio, terus kuatkan lagu, bagi yang dengar guna earphone, sangup bangun dari tempat duduk untuk berkongsi mendengar lagu ini.
Lagu ni dinyanyikan oleh Kumpulan Kerispatih (dari Indonesia). Pelik kan..??Semua lagu dari seberang mesti Hot Hot di Malaysia..Nape ek???Dari beberapa survey yang aku buat, rata-rata mengatakan sebab lagu seberang lirik dia sedap-sedap.Hampir semua lirik lagu mereka berkisarkan tentang realiti hidup. Aku pun akui kebenaran pendapat-pendapat mereka.Cuba selak-selak lirik lagu mereka, mesti kita perasan, "eh!ni macam kisah hidup aku je", ada juga yang buat lagu tu menjadi lagu tema hidup mereka *lagi-lagi lagu frust bercinta* huhuhu..
Tapi ada juga yang berpendapat, alunan muzik lagu mereka sangat unik. Itupun betul juga. Dan ada juga yang kata, suara mereka sedap contoh, Pasha (Ungu), mak aih, suara dia memang macho! Disini aku boleh conclude kan lirik yang best + lagu yang unik + suara yang lunak = lagu yang Hot! Tapi kumpulan Malaysia juga apa kurangnya. Aku pun suka band Malaysia 6th sense, Hujan, banyak lagi. Sekarang pencipta lagu kita pun dah up to date. So, tiada beza pun Malaysia dan Indonesia kan?
Wednesday, June 10, 2009
Kemanakah Kau Menghilang
Kehidupan Ku di Opis Baru
Inilah antara kawan-kawan aku dalam bilik ni. Kami ni baru je kenal tapi dah macam kenal bertahun-tahun. Kami selalu berkongsi cerita, pengalaman lagi-lagi bab makan..Yang pastinya semua yang dalam bilik ni tengah beratur tunggu turn nak kawin. Pandai diorang pilih tarikh, setiap bulan seorang je kawin. Taklah bos pening kepala nak pikir.
Tuesday, June 2, 2009
Bila kita frust bercinta...??
We all close since di zaman U lagi. Aku ni pantang bila kawan nak berkenalan dengan one of my friend. Aku akan kenalkan because aku tahu kawan aku tu macamna. Kenalkan je la, the rest aku dah tak amik tahu. So nak dipendekkan cerita aku pun kenalkan kawan laki aku si S ni dengan kawan ex-office aku dan kawan perempuan aku si A ni dengan kawan current-office aku. Yang pastinya lelaki la start dulu, bila aku tengok line ok aku kenalkan la. Benda ni terjadi dalam bulan yang sama tapi minggu yang berlainan.
Dipendekkan cerita mereka masing-masing bercinta dengan pasangan masing-masing. Kira aku ni boleh bukak "tempat cari jodoh" la.. Aku memang gembira, at least apa yang aku tolong memang berjaya la. Dipendekkan cerita lagi, jodoh tak memihak kepada mereka. Masing-masing mengalami masalah dalam perhubungan pada bulan yang sama dan minggu yang sama. As a 'punca' mereka (aku la tuh) mestila mereka refer kat aku, mintak tolong kat aku. Aku jadi sedih sangat dan aku rasa sangat bersalah sebab aku mereka jadi macam ni. Ada yang dah putus di tengah jalan dan ada yang terumbang ambing.
Dalam pada tahun yang sama (bulan aku tak ingat), kawan aku yang dah bertunang selama 5 tahun tiba-tiba putus disaat nak mendirikan rumah tangga atas sebab-sebab yang tak disangka-sangka. Aku tak dapat bayangkan betapa kecamuk, hancur hati dia. Semua barang dah sedia tunggu nak sediakan yangb besar-besar je dan confirm date kawin je. Pada waktu yang sepatutnya tentukan tarikh kawin menjadi tarikh perpisahan. Dia masih boleh bertahan di tempat kerja tetapi di rumah aku tahu dia menderita.
Apakah yang patut dilakukan oleh aku supaya tengok kawan-kawan aku bahagia?? Sebenarnya ni semua di tangan tuhan. Allah yang mengetahui arah kita, dan kita hanya mampu berdoa sahaja.Atas dasar pengalaman aku dan apa yang aku alami, aku hanya berpegang pada beberapa ayat:
1. Ada sebab mengapa kita tidak dicipta untuk bersama dengan dia.
2. Mungkin perkara ini terjadi akan memberi hikmah kepada kita di hari lain.
3. Hanya Allah yang tahu siapa yang layak berada di samping kita bila dah tua.
Kepada kawan-kawan ku, aku tahu perit, sedih, luka hati ini bila kita tak dapat bersama orang yang kita cinta saat itu, yang kita sayang saat itu. Tapi percayalah tak semua kita inginkan akan tercapai, tak semua kita impikan akan terlaksana, tak semua kita rancangkan akan berjalan lancar. Kadang-kadang Allah hendak menduga kita, sekuat mana hati kita, dan kadang-kadang Allah nak mengajar kita Qada dan Qadar supaya kita bersedia dengan dugaan yang mendatang.
Memang aku boleh jadi tempat korang mengadu tapi Allah tetap tempat pertama dan utama untuk kita mengadu. Allah sentiasa mendengar segala rintihan hati hambanya as long kita taat kepadanya. Aku pun bukan nya baik sangat tetapi berdoa kepada Allah, mengadu kepada Allah tak kira tengah makan ke, sebelum tidur ke, tengah mandi ke, jika kita berdoa dalam hati ke Allah tetap mendengar. Itu yang aku praktikan. Lagi-lagi saat aku tak sanggup bekerja di previous office aku. Alhamdulillah..Allah perkenankan doa aku. Benda ni takkan jadi secara mendadak, asalkan kita ikhlas Insya Allah, Allah akan mendengar.
Aku doakan kawan-kawan aku dan umat lain didunia ini akan berjumpa jodoh sebaik-baik mereka. Insya Allah..
Sunday, May 31, 2009
Ikan Cencaru..Ikan Cencaru..
Beberapa minit kemudian, aunty tu siap makan lalu dia ke dapur. Aku apa lagi, tambah nasi, lauk takyah cerita ar. Tanpa segan silu 'plus' kawan aku tu pun jenis kuat makan, makin banyak la aku makan. Aku sebenarnya tertarik dengan ikan bakar aunty tu. Aku siap tanya resepi lagi. Seingat aku, 2 ketul ayam, 2 ekor ikan aku dan kawan aku tu makan. After makan, dua-dua terdiam *aku baru faham kenapa ular sawa duduk diam selepas makan*.Terlampau kenyang. Tak pernah aku berkelakuan* seperti itu dirumah orang, malah rumah sedara mara aku pun tak macam tu. Akibat penahan ikan bakar aku lupa daratan.
Dan semalam aku tiba-tiba "ter"rindu dekat ikan bakar tu. Aku terbayang-bayang akan bentuk, bau dan rasa ikan tu. Pergghh!!kalah orang angau bercinta. Aku sebenarnya dilahirkan tanpa ilmu pengetahuan tentang nama-nama ikan, adik beradik ikan ke sedara-mara ikan ke aku memang tak tahu kecuali ikan bilis, ikan sardin (dalam tin- sebab tu aku tahu), ikan bawal. Nak di jadikan cerita, disebabkan aku ni sangat la teringin nak mencuba + memakan ikan bakar itu, lantas aku tanpa memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya, bawa kereta ke pasar (seri kembangan).
Sesampainya aku di pasar, aku terus menuju ke bahagian ikan. Tiba-tiba aku terkedu + blur. Sume ikan serupa!!Ada la a few yang aku kenal ikan tu. "Ah sudah..apa nama ikan tu...??!!" Tiba-tiba mamat bangla nih datang kat aku, "ye cik mau ikan apa?" Aku pandang mamat bangla tu dengan pandangan kosong serta senyuman ikhlas dari hati (apa nama ikan tuuuu...??) Aku pun tanya mamat tu, "ada tak ikan muka macam ikan kembong tapi kulit dia keras??" Mamat bangla tu pulak bagi pandangan kosong berserta kerutan di dahi + senyuman ikhlas dari hati dia (aku rasa dia ketawa kan aku) "tarak la cik"
Aku dah tak tau apa perlu aku buat, aku pun call mak aku..tutt..tutt..tutt.."hello" "mak!mak tau tak apa nama ikan yang muka dia macam ikan kembong tapi kulit dia keras?" tiada jawapan buat seketika, mungkin mak aku tengah berpikir..tiba-tiba aku terdengar gelakan yang agak 'kerek' sikit dari mak aku. "Dah kawin pun nama ikan tak tahu ke?. Ikan cencaru la!" mak aku sambung gelak balik. "Mana la adeq tau nama ikan tu, dah asyik makan ikan kembong, ikan bawal, ikan sardin dan ikan bilis. Salah siapa sekarang adeq tak tau nama ikan?". Aku geram. Kesian aku. Aku tak pergi ke tempat mamat bangla tu tadi. Aku ke kedai lain lak . "Pakcik, mana satu ikan cencaru??" "Ni ikan jet dik. Yang ni baru sampai pagi tadi jadi harganya mahal sedikit. Yang ini semalam punya, jadi murah sedikit harganya." Aik? Ikan jet???? Kekonpiusan aku memang tahap cipan waktu tu. "bukan pakcik, saya nak ikan cencaru" Pakcik tu bantai sengih kat aku, "dik, ikan cencaru sama la dengan ikan jet.kulit ikan ni keras sebab tu namanya ikan jet" Dengan perasaan malu + segan + ada muka-muka yang pandang aku, aku cuma mampu menjawab "OOOOooooo" =)
Akhirnya aku berjaya membuat resepi ikan cencaru bakar. 2 ekor ikan aku makan seorang. Alangkah puas hati aku menikmati ikan yang sangat susah untuk aku mencari nya. Mungkin ikan cencaru ni ada bau-bau bacang dengan ikan kembong kot..Disebabkan pertama kali cubaan aku membuat resepi ini berjaya, aku kongsilah resepi simple yang aku ambil dari Mesra.net Resepi (Kiriman dari: badrulshah).
Resepi ikan cencaru bakar berisi kelapa
5 Ikan cencaru/ikan jaket 1 biji Kelapa parut. 5 biji Cili masak dikisar atau ditumbuk. (ikut rasa nak pedas atau tak) sentengah sudu garam. ½ gula. Daun kunyit 3 helai Dihiris kecik-kecik.
Cara-cara
Bersih ikan cencaru.Jangan buang kulit.Dibelah tengah-tengah.Campur kan semua bahan2 dalam satu mangkuk.kelapa,cili,garam,gula dan daun kunyit.Gaulkan bersama.Sumbat bahan tersebut dlm dlm ikan cencecaru yabg dibelah.Bakar di avon,kuali atau bakar dengan mengguna bara api.
Selamat mencuba..
Friday, May 22, 2009
My new life!
1. Bos yang "sempoi"
Bukan maksud aku, bos aku ni simple or selekeh..but cara dia, the way she communicate, keprihatinan dia dekat staff memang BERBEZA dengan previous bos aku..di sebabkan itu aku tak pernah lokek nak kerah tenaga aku bekerja sampai malam even takda OT or allowance.
2. Staff-staff yang ala-ala "teamwork"
Teamwork nih selalunya bermaksud kerja berkumpulan kan..tapi kerja aku nih tak boleh diklasifikasikan sebagai kerja berkumpulan. Sebab staff yang tak ramai, kerja yang bertimbun, so masing-masing clean kan keje masing-masing. Dan aku yang baru masuk tak sampai 3 minggu ini, dah ada beratus-ratus backlog yang bertimbun dalam bilik kerja aku. Aku bekerja dalam bilik (aku rasa meeting room) yang aku gelar ICU room. Sebab yang kritikal je duduk situ. File menimbun sampai takda ruang untuk berjalan dan mengerakkan kerusi.Tapi aku amat seronok sebab selagi orang masih ada di ofis selagi tu mereka akan masuk bilik tu tanya kabar ke, tengok keadaan kami ke, atau ada gak yang sudi tolong kami buat keje dengan matlamat yang sama disburse semua kes secepat mungkin. Selalunya yang datang tolong ni budak-budak marketing. Even kes mereka ada terkumpul bersama file-file yang menimbun mereka tak marah malah tolong ada la.
3. Environment yang menenangkan
Even kemudahan di ofis aku tu memang dalam lingkungan '2 star' je, namun aku tetap rasa tenang. Sampai skang aku takda PC. Kami berkongsi PC gilir-gilir. Tapi aku tetap enjoy kat sana. Aku dapat berkawan dengan mereka yang memang nak berkawan. Based on my experience, lelaki ni bila kita berkawan *beria-ia* ni mereka selalu pikir lain, takpun akan layan lain sikit. Tapi kat situ takda.Mereka hormat kami yang perempuan ni dengan baik.Berborak macam biasa, kalo tak puas ati dengan sesiapa mereka akan cerita. Takda rasa malu-malu, cover-cover..tu yang best..
Tu la serba sedikit cerita aku kat opis baru aku tu. Mungkin tak semua rasa apa yang aku rasa. Setiap manusia ada pandangan yang berbeza. Tapi setakat ni aku dah jumpa tempat yang aku rasa nak bertahan lama. Aku malas nak pikir cari kerja lain yang bagi gaji lebih.Aku nak stay disitu sehingga aku rasa aku patut blah.
Aku kat sana selalu dapat makan free. Asal ada untung sikit ada je yang belanja makan. Especially marketing. Kerja kat sana aku selalu makan kat luar (biasanya aku bawak bekal sendiri), aku belajar makan "nasi ayam dara" la "nasi kedai mahal la" macam-macam la. Kalau dulu aku lebih suka bersendiri (makan sendiri, balik sendiri) sekarang aku tak kesah nak pergi mana after keje, nak makan apa masa lunch.
Nilah kehidupan yang aku nak dalam dunia pekerjaan. Perasaan bebas tapi bertanggung jawab. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. =)
Monday, May 18, 2009
Can you believe it??
I`m driving to Shah Alam with Ain from my office but when she get in my car she said "kenak badan kamek gatal-gatal jak tok"-she`s from Teluk Intan, Perak but she stay at Kuching for 13 years- i can improve my Sarawak language on the same time right?..huhu.Ok.Continue.. When i arrive, i see her auntie "garu-garu" also..I wonder why??
She ask me a few question why,what,when at me..and i answer that question with many question in my head "what she can do?" "what she will do?" "what will happen to me?" and very important question "boleh percaya ka??" Then one sentences come out from her mouth.. "kau kena buatan orang!" Agak mengejutkan dan menakutkan aku! Meremang bulu roma aku..Then she continue.."Orang tu ada tahi lalat di tepi hidung (belah kiri), pakai cermin mata (but always wearing contact lense), pakai tudung, putih (macam cina), selalu pakai seluar hitam, orang jauh, kawan kau sendiri tapi bukan kawan rapat" Then i ask her "nama ape? Orang mana? Kenapa?"
Suspense siot...
She can't tell her name or where she came from..but she already said "orang jauh"..she continue "selalunya orang yang buat ni cemburu pada kita, mungkin kemewahan kita, mungkin kesenangan kite, mungkin kepandaian kita" but... takdak satu pun yang sama dengan aku nih.. Sempat gak aku gelak-gelak..sebab aku tak tahu nak respond macamna..tapi otak aku still ligat mencari siapa orang tu....She said "orang tu kenakan kau dengan kemenyan orang mati. Dia ambil gamba kau, dia cucuk-cucuk muka kau, lepas tu dia tabur kemenyan orang yang baru mati dekat gambar kau" Respond aku time tuh?? *ternganga* + *blur*
Makcik tu bagi la aku barang-barang yang di perlukan untuk ubatkan aku nih..
1. Limau nipis yang hijau (takda kuninh di kulit)
2. Sekuntum bunga (any bunga - pilih warna yang di gemari)
Makcik tu nak mandikan aku dengan bunga tu..Setelah berubat, makcik tu tanya ok ke tak? Ape rasa setelah mandi? Aku hanya mampu jawab "segar".Sebab aku tak tau apa rasanya..But gatal-gatal aku still ada..tapi apa yang makcik tu cakap gatal-gatal aku akan surut within this week..I just have to wait and see..
Tapi yang peliknya pagi tadi tangan aku makin teruk..Kulit jadi warna merah hitam dah.. Aiyooo.. aku tak tau ar apa masalah kulit aku nih..dan waktu ketika ini, aku tengah mengaru-garu sambil menaip *macam cipanzi zaman moden lak*..Aku tak nampak apa-apa perubahan pada diri aku..Aku hanya mampu bertawakal..
Dan mak aku ada cakap hujung minggu ni kalo tak ok, kita gi Seremban. Jumpe pakar bomoh lak "bomoh pun ada pakar ke?" Entah la..Saat ni aku hanya mampu ikut je, mana ada peluang aku cuba..sampai ke jalan buntu..Kita tengok je la apa sebenarnya yang terjadi kat aku nih.. Yang pasti aku yakin ada hikmah disebalik yang terjadi..cuma aku tak tau atau tak sedar lagi..
Tapi jika benar kata bomoh tu.. aku pasrah je la..Selama ni aku berbaik dengan orang..tapi aku tak tau la kenapa perlu aniaya aku..yang pasti orang tu berlegar-legar dalam fikiran aku *of course ar aku dah tahu siapa-cuma percaya atau tak je..orang tu baik dengan aku maaaa* tapi bak kata makcik tu..manusia sanggup lakukan apa sahaja...Nauzubillah..
Monday, May 11, 2009
Miss you..GUYS..
Inilah dua orang insan yang sentiasa teman aku naik tangga..hihihi kadang2 bila dowang lalu bawah rumah aku dowang call, msg, miscall, jerit nama aku pun pernah.. Aku rasa seronok..ada gak staff yang teman aku pergi pasar malam, teman aku balik jalan kaki.. hihihi.. semua baik2.. masing2 baru lepas SPM..
Sunday, May 10, 2009
Bila tiba hari Ahad....
Apa yang aku buat sepanjang hari ahad..
7.00 a.m..oh pagi lagi ni...ZzzzZZzzzzZZz
8.00 a.m..erm...malasnye nak bangun..5 minit lagi..ZZzzzzZZZZzzz
10.00a.m..Hah?!! kul 10?!! (terus bangun cari orang dalam rumah..sebab macam sunyi je..)
Selalunya setiap kali bukak mata, aku wajib kira orang yang ada dlm rumah aku..Pertama aku cari mak aku dulu (selalunya kt dapur laaa), kedua aku cari adik aku (aku tak tau nape, tapi memang dia yang aku akan cari dulu), ketiga aku cari abang aku..dan keempat aku gi kat mak aku tanya ayah aku mana..(sebab ayah selalu pagi2 takde)..kalo mak ayah takde aku akan terus call mak.. aku tak suka selalu kena tinggal.. huhuhu
Bila dah bangun, aku akan cari remote t.v dulu..tekan semua siaran yang aku bayar kat astro.. Kalo ada aku akan terus tengok, kalo takda aku akan menuju ke toilet.. Dan biasanya before masuk toilet, aku akan ambil berus, pencuci lantai dan clorox (cuci toilet ler..) aku takleh tengok toilet aku tukar warna sket.. aku akan ada didalam toilet dalam satu jam setengah plus mandi sekali..
After mandi aku akan makan breakfast dulu..dan terus masak tengahari.. Selalunya lauk yang wajib ada, ayam (adik aku suke ayam), sayur, dan ikan..tu menu hari ahad ar.. ada beza sket ngan ari2 biasa.. menu ari biasa tak telur, ikan, tak ikan ikan bilis, tak ikan bilis, sardin..hehehe takda masa nak masak..lagi2 wanita berkerjaya macam aku nih..
Selesai masak, aku akan terus ke ruang tamu, bukak t.v (siaran yang aku akan tengok CSI supreme sunday).. dan mulalah kerja kontrak aku nih..GOSOK BAJU KERJA..Baju kerja aku dari ari isnin hingga jumaat ( 2 helai baju kurung, 3 helai baju bukan kurung), baju kerja mak aku (4 helai baju kurung), baju tumpang2an (selalunya abang aku akan mengambil kesempatan..dan semenjak dah menjadi isteri nih tambah lagi satu customer..5 hari baju kerja suami aku (satu baju melayu, 4 kemeja, 2 seluar)..tu la salah satu rahsia aku tetap slim..
Sambil gosok baju aku tengok t.v.. mak aku kata aku sangat pro dalam mengosok baju.. tangan kiri pegang sterika..tangan kanan pegang remote ASTRO.. asal bosan tukar channel (remote ASTRO sentiasa berada dalam poket seluar aku..demi keselamatan)..bila penat aku rehat jap..jap je..sebab aku nak elakkan gosok baju waktu malam..bila nampak matahari mengeluarkan haba yang sangat panas, aku pun angkat kain yang dh kering, sidai yang basah plak..then sambung lagi gosok baju..
Selesai gosok baju, aku masuk dapur, cuci pinggan, abis cuci pinggan aku pun tengok tv..smpai la takde cite yang menarik, aku pun gi mandi.. kalo tak jangan harap la nak masuk toilet..Selepas mandi, masak nasi tuk makan malam..
After makan aku akan bawak baju2 aku masuk bilik, lipat baju dan kemas almari serta bilik.. then kemas barang2 nak bawak gi keje.. pastu tido la..pe lagi..?
Aku nak kemas barang nak gi keje sok nih.. Happy monday day.. =)
Saturday, May 9, 2009
Emak..oh..Emak..
Sempena esok hari ibu, mesti ramai yg celebrate dengan keluarga yg tersayang..actually tak semestinya kita kena celebrate hanya pada Hari Ibu sahaja. Tetapi kita bleh celebrate bila-bila masa sahaja dengan ibu yang tersayang, mungkin dengan ayah, mungkin dengan adik beradik, atau satu keluarga..
Bercerita tentang Hari Ibu ni, adeq nak ucapkan Terima Kasih kepada Emak kerana banyak membantu, mendorong, memarah,membelanja, adeq selama adeq hidup di dunia ni and until now..Bila di pikirkan semula sangat banyak mak berkorban untuk aku, mak sentiasa bersama dengan aku, mak mengeluarkan duit untuk aku, mak berbelanja untuk aku, mak menangis kerana aku, mak ketawa kerana aku, mak marah kerana aku, dan macam2 emosi emak ada di sebabkan aku..agaknya macamna aku yang jadi EMAK?? em...renung2kan..
Masa aku belajar di unimas, tak silap aku tahun 2 akhir..aku sakit..dan di masukkan ke General Hospital Kuching..aku tak dapat lupakan kenangan tu..anyway really2 thanks to my friend yang tolong aku..anta aku ke klinik UNIMAS..(thanks Nad and Izzerk)..yang menemani aku dalam klinik tu sampai aku dihantarkan ke Hospital..that day aku tak tau ape penyakit aku..yg pasti aku rasa nyawa dihujung tanduk..huhuhu seram..semalaman aku di Hospital aku ditempatkan di wad kecemasan, bersebelahan dengan katil penjenayah. Memang menakutkan..
2 kali aku dimasukkan ke GH tu..thanks my roomate (nad, izzerk, aini, mama, mal,cik CT dan akak2).. Tanpa kowang sume, adeq mesti susah..Kowang banyak membantu adeq dikala adeq sakit..Nad and Izzerk siap dukung aku (dowang kata aku ringan..mm..)
Mak dan ayah aku bergegas ke KLIA tuk terbang ke Kuching bile mereka tahu aku masuk GH. Tiket beribu, tapi yg menyentuh hati aku, saat mak ayah aku berlari takut terlepas flight.. Dlm umur yg meningkat usia, dalam penat tak terkata, mak ayah sanggup berlari demi melihat aku.. Em,sempat gak aku tido hotel, dapat hp canggih time tuh, dapat pe je aku nak..best2.. =)
Tapi penyakit aku tu dikesan selepas aku graduate..pada bulan Febuari, 2007. Aku dimasukkan semula ke hospital Putrajaya. Mulanya aku ingat gastrik sebab tak makan sehari (aku amik exame PTD, tapi takde transport nak beli makanan,aku terpaksa kongsi air dan roti bersama Gone dan Leya)..Makan beberapa hari la untuk doktor find out penyakit aku ni.. sebab guna macam2 cara pun tak jugak nampak..dan beberapa hari gak aku terpaksa puasa..Dan insan yang menemani aku dari pagi sampai malam..Emak..Yang bersusah2 tido di atas kerusi,yang teman aku ke toilet, suap aku mkn (actually paksa aku mkn)..abg aku datang hantarkan bantal bucuk dan bear2 aku..sampailah aku operation..Emak yang teman aku hingga ke bilik operation,aku jaga dari operation, kuar dari bilik tu aku nmpak mak aku...and my frends always stand besides me..Aini (datang 2 kali tengok aku, siap bawak belon tu..hihi)..mama, juar, dan nad..Thanks guys..even aku kt rumah (not in Sarawak) kowang tetap jenguk aku..thanks.. Seingat aku, aku hanya sempat bersalam dengan nad je..bius tu kuat sangat..aku pun tak nampak sangat muka kowang,kabur2 je.. bila buka mata sekali lagi, aku nampak ayah aku duduk disebelah aku (ayah nangis)..aku terlelap semula..buka je mata, sume takde di sisi aku.. aku mcm blur2 la, lupe ape yang jadi..dan pengalaman takleh di lupakan, saat nak bangun dari katil ke toilet, dalam keadaan perut dijahit, sebelah tangan masuk air, sebelah lagi masuk ubat, dan tiada sape waktu itu disisi aku..bayangkan..
Selepas 2 minggu dihospital,aku pun kuar, mcm dah lama tak jumpe matahari, hampir seminit la aku pandang matahari (time tu petang)..mak ayah yang amik aku balik..emak amik cuti yang lama untuk jaga aku..emak yang suapkan aku, yang angkat aku dari tido kalo nak ke toilet, yang mandikan aku..selama sebulan mak aku mandikan aku,sikatkan rambut aku, teman aku tengok tv, teman aku makan, teman aku berjalan (tapi time tu aku tak stabil untuk berdiri), ramai gak kawan2 yang datang ziarah aku, Cik CT dan tunangnya (bawak Forero lagi tu), Zatie (dari terengganu)..ada gak orang yang aku tunggu dan harapkan tak datang..
Selama sebulan itu jugaklah mak,ayah dan adik beradik aku tahan dari makan yang sedap2..sebab aku takleh makan..ayah beli ikan haruan yang tetap idup walau dah 2 hari didarat..ayah dan abg aku berperang ngan haruan kat dapur selama 2 hari..hihi
Banyak pengorbanan mak,ayah aku buat..dan aku tau mak ayah aku sayangkan aku, abang dan adik aku pun sayangkan aku walau tak tunjuk..Disebabkan itu, kemana je mak aku nak pergi, aku sanggup hantar, ape je mak aku nak makan aku sanggup tunaikan, dan kalo boleh aku nak teman mak aku setiap masa, aku takleh tenggok mak kesepian, keseorangan kat umah, bila ada peluang aku akan ajak mak keluar,makan kat luar, shopping..sebabkan pengorbanan mak, membuatkan aku terlalu menghargai mak dan keluarga aku.. walau ape yang terjadi keluarga aku yang pertama..Kalo diberikan rezeki lebih, aku nak belikan kerusi urut yang lengkap untuk mak (aku tengah kumpul duit skang nih)..Buat masa sekarang, sempena hari ibu aku nak beli kipas yang paling besar untuk mak..sebab mak tak suka panas..mm..
Bagi aku takde benda yang bleh menggembirakan dan menenangkan aku selain senyuman di wajah emak..walau aku ni gaji tak seberapa tapi aku cuba untuk merealisasikan ape je yang mak aku inginkan..Sempena Hari Ibu esok, aku tak mampu untuk menyambut diluar, tapi aku nak sambut dirumah..macamne??..aku nak buat rutin harian kami waktu aku muda2 dulu..baring sambil tengok cita cina, korea sepanjang hari, masak, bercerita, bergurau dan tido... Dah lama kami tak buat macam tu..aku dah sibuk dengan keje, dan bakal sambung belajar..ini je peluang untuk aku lakukan esok..
Terima Kasih Mak
Tuesday, May 5, 2009
Sakit or Buatan Org??!!!
Based on what doctor said "ujian darah awak menunjukkan awak takde apa2, cuma alahan sket je" Sikit??!!! I dont know how to react.. And the last word she said to me before i leave her room "if makin teruk datang balik jumpe saya"(doktor Klinik kesihatan Putrajaya)..
Before this..aku pergi ke klinik rawatan islam..abd doctor said "mungkin penyakit kudis buta" aku btol2 terkejut..(sorry.. i dunno actualy wat kudis buta is, and how does it look like?) aku pun balik mkn ubat macam biasa..sapu creame yg aku sendri rasa itu kudis buta and i hope leh baik ASAP..
A week after that, my skin look sooo horror..(can i used that word? Horror?) in other words makin teruk.. org tak nampak, aku je nampak, aku je rasa, aku je tanggung, aku je, aku je dan aku je.. yg pasti mmg aku.. A.K.U!Mak sedara aku kt PD bawak aku je nenek nih.. aku tak tau nk sebut pe..so aku panggil nenek je..alang2 tak pernah ada nenek..hm..setelah di baca itu dan ini.. mcm biasa ar nenek tu kata "ni terkena buatan org melalui angin nih..org tu nk anta kat org lain tapi terkena awk.." lantas ati aku menjawab (ati aku je) "aku takde lak melintas kat mana2 tempat berangin, tempat peranginan atau tempat yang ada angin..aku btol2 konpius" dia beri nye aku ubat..guna ubat tu dengan syarat!! SYARAT?? jangan mandi 3 hari.. "APE TAKLEH MANDI 3 HARI??!!!" mane la aku nk tahan..
Another2 week (ntah yg keberapa minggu ntah) baru le aku jumpe doktor tu.. dan baru ahad lepas aku jumpe nenek yg lain di PERAK. Nenek tu kata aku kena "ketegur".. Ada benda tegur aku.. Time tu aku memang la seram sejuk..tapi ati aku tetap nk menjawab "nak tegur cakap ar depan2, guna ar bahasa melayu, yg gi tegur kulit aku wat pe, memang ar takde mulut" agaknya ati aku yg kerek ni telah menyebabkan penyakit aku bertambah serius..
But thanx to my frenz yang tolong bagi macam2 advice, i appreciate it..sabtu nih aku nk gi jumpe makcik lak.. huhuhu sengsara idup aku..
Aku ni manusia biasa gak.. tak kuat mana.. mcmne tabah pun aku, bergelak ketawa, bernyanyi riang, aku tetap akan rebah..for the 1st time, aku menangis sekuat2 ati aku.. aku tak dapat tahan sakit nih.. rasa badan aku nak terbakar, ramai yang ckp kulit aku jadi sunburn yang aku ingat mungkin kesan dari mandi laut, tapi sampai skang macam tu gak kulit aku..gatal yang teramat sangat, waktu keje aku takleh duduk diam, aku keluar masuk toilet, aku jirus dengan air bagi kulit aku sejuk, tengah buat keje rasa kaki aku panas, gatal2, smpai umah, aku menangis sepuas2nya.. aku tak tau mana punca sakit ni..org tengok mungkin akan ckp biasa, aku yg menanggung nye?? Segala benda aku dah guna tapi masih tak baik..
Hanya doa je skang yang aku mampu buat, tu je jalan yg ada.. dan aku harap yang membaca blog aku ni dapat membantu aku, berdoa tuk aku.. supaya aku dapat jalani idup aku mcm org biasa..supaya tidur aku lena..
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri sendiri..Aku mungkin terima balasan dan mungkin terima dugaan.. tapi yg pasti nya "baru yang kecil di dunia aku terima aku dah tak tahan, di akhirat....? Nauzubillah....
Thursday, April 30, 2009
How to survive in workplace area esp...........??
Wednesday, April 29, 2009
P.S I Love You
Beli la..trust me..u will not regret it.. waaaa...kena amik komisyen nih..
HaHa!! I can do it! =)
I`m new beginner on this blogss area.. huhuhu Thanx to my frenz..cik CT.. =) She teach me guna sms jer... Adeq atas moto lak tuh.. before ni i always begging her "please teach me.." she always said.. "Nanti aku ajar".. and today..baru adeq mengetahui ape itu blog?? sampai umah terus explore..erm.. quite easy actually..
And here my blog and my story life begin.........